Tuesday, June 2, 2009

Dua minggu yang lepas


22 Mei yg lepas, aku sempat bertemu yana,liya n sha di Sogo. ni pn kira lasminit plan. hepi tol bile dpt jmp derang. cuma sarah je yg takde disebabkan keadaan sarah yang sedang menanti hari untuk menyambut kehadiran 'orang baru'. mmm...yana dan liya pn bakal menjadi mama beberapa bulan lagi.

masa aku sampai di Sogo, yana dan sha dh sedia menunggu.aku dan le beli kek coklat untuk celebrate berthday mama yana. yana dan liya ditemani hubby masing-masing shidi dan meor, manakala sha datang solo sama saperti aku. mulanya aku plan nak bawa hero aku yang semakin montel tu, tapi mengenangkan lokasi yang agak crowded,d
itambah pula kelasakan+ke hero an dia, terpaksa la tinggalkan dia bersama ma'wan&atok nya (ikut gi jalan ke Taman Orkid).

after sembang-sembang,gossip-gossip, makan-makan,ambik2  gambar; aku dan cousinku, kakyong p shopping baju untuk heroku (kebetulan ade children fair kt Sogo). memang rambang mata beb! geram je tengok pakaian budak-budak yang macam-macam fesyen.sale sehingga 80%. saper tak bernafsu tengok.huhu..kalo le wallet aku tebal  masa tu..~mmm!

Tuesday, May 26, 2009

Saat ini

terkejut..
terkesima..
termangu aku seketika 
pabila mendapat khabar berita 
insan yang aku hormati, aku kasih, insan yang aku rindu 
setelah sekian lama tidak menatap wajah yang senantiasa bersih dan tenang itu kini uzur..

sedih, hampa, kesal... 
kerana aku masih belum berpeluang untuk menziarahinya
menatap wajah yang sekian lama aku rindu itu..
mencium tangan nya memohon ampun dan restu seperti mana yang selama ini mampu aku lakukan..

hanya doa yang mampu aku hadiahkan kepadanya moga Allah memberkatinya, melindunginya dari segala kesusahan,keburukan dan kecelakaan. 

moga aku diberi peluang untuk bertemu dengan nya...,insya Allah

Semoga dirinya senantiasa sihat dan selamat di bawah lindungan Allah S.W.T

Monday, May 25, 2009

Anniversary

Arini genap ulang tahun perkahwinan aku yg kedua bersama suami yg tercinta. Sudah 2 tahun berturut-turut kami celebrate annversary berjauhan.sedih? mmg sedih...last year, sbb aku masih di sini di rumah mama, hubby aku di Labuan sebab ms tu dia br ditukarkan ke sana.This year, sebab aku balik holiday dan kebetulan menunggu surat tawaran panggilan interview dr T*lek*m M'sia.

Mungkin ni ujian dari-Nya untuk lebih menyatukan hati kami. Syukur aku pd-Mu Tuhan, hubungan ini masih lagi kekal bahagia dengan penuh kasih sayang tanpa ade rasa sedikit pun perasaan kecil hati atau curiga di antara kami. Hanya Dia yang Maha Mengetahui betapa kasih+sayang nya aku pd Ahmad Azwad yang sentiasa bertakhta di hati ini..

Moga hubungan kasih sayang antara kami berkekalan ke akhir hayat di samping si comel Mufazzal yg semakin banyak ragam dan keletahnya, insya Allah...

utk abg, i love u so much. tiada ape yang mampu ayg beri selain rasa kasih, sayang,cinta dan hormat sepenuh hati ayang untuk abg..i'm alwayz by ur side dear
i love U more than u know~


*huu..sempat le spend time bersama kat ym.dapat gak le tatap wajah suami kesayangan via webcam. ummi& mufazzal rinduuuu kt abah...~

Saturday, May 16, 2009

Sedikit Update

Agak lama aku tak update blog ni..huhu..bukan ape pun sebenarnye,masa ade tp cam malas+takde mood nk update blog aku.tambahan pula blog aku ni still under construction setelah aku menjahanamkan blog aku ni(ter downgrade setting).kunun2 nye nk tukar theme,ntah ape jd abis ilang sgale link blog kwn2, fav web, chatting box dan segale mcm lg(nyampahh~).mujur ler ade pn yana,eheks...yg rajin membetulkan blk setting blog aku.tq yana!

so ni sedikit update yg bole aku share bersama..

2 MEI-9 MEI 2009

aku blk bercuti, melepak di rumah mertuaku di taiping.mak& ayah dh rindu&asyik tanya je cucu kesayangan derang.erm..hero ummi..bertambah lemak manje yer sepanjang sminggu dok kt umah opah+tokwan.

10 MEI 2009

HAPPY MOTHER'S DAY to mama,ummi nan,mama yien&mak


TO MAMA,
i love u so very much!
thank you for being  the greatest mama~

14 MEI 2009
pg ni aku gi mencubakan diri utk hadir ke walk-in interview di SMK Presint 18, Putrajaya bagi kekosongan jawatan Pegawai Tadbir(kontrak) di Kementerian Pelajaran Malaysia. mulanya aku nk gi awal pagi dgn kak shida(biras aku), tapi terpaksa cancel lasminit sebab aku takde gambar pasport yang terbaru(yang sememangnya wajib dibawa semasa interview). sudahnya aku sampai agak lewat di pusat temuduga lebih kurang jam 10.15pagi. dari jauh aku dh nampak punya la bayak kereta di sepanjang jalan ke SMK Presint 18.sampai2 je kt sana, mak aih!! punya la ramai calon1aku rs lebih dr penonton konsert AF.huhuu....sebabnya calon-calon ni terdiri daripada calon berijazah,diploma&SPM.

aku pun terpaksa la beratur untuk mendaftarkan diri.punyala panjang beratur..sampai kt meja pendaftaran dh jam 12.45 tgh hari.bayangkan lama mana aku beratur.lenguh kaki,peluh toksah cakap la..mmmm,rupanya memang ramai sungguh pengaanggur di Malaysia ni.

aku terpaksa la beratur bersama-sama dgn mereka yg turut mahu mencuba nasib sejak jam 10.30 untuk sessi pendaftaran. akhirnya aku sampai jugak di meja pendaftaran setelah penat beratur 2jam lamanya.fuhhh...berpeluh+lenguh gak kaki den dibuatnya~

permohonan aku diletakkan di bahagian kewangan. so, lebih kurang jam 3.30 ptg, barulah aku masuk ke bilik temuduga. aku bersama 5 orang lagi calon ditemuduga serentak oleh 2 orang pegawai, yang mana kedua-duanya adalah wanita. biasela..untuk permulaan, kami perlu memperkenalkan diri dalam bahasa inggeris. slps tu, setiap kami diajukan soalan berkenaan bantuan pendidikan yg diberi oleh kerajaan.Alhamdu lillah...aku berjaya menjawab semua soalan dengan baik.harap2 ade la rezeki aku nanti, Insya Allah...~

Thursday, April 23, 2009

JALAN-JALAN

Jalan-jalan di minggu yg pertama bercuti ..

Saje nyibuk-nyibuk nk ikut ayah gi Putrajaya. Ayah sibuk bantu sepupuku,Hawa untuk futher study di Cairo (Kaherah). untungnya cousin aku ni, ade rezki muda-muda dh dpt p 'tempat org'. 

Setelah settle segala urusan di Jabatan Pendaftaran, ayah aku bwk kami pusing-pusing Putrajaya dan sempat kami singgah minum petang di Masjid Souq. Sebenarnya ni la kali pertama aku btul-btul dapatjalan-jalan kat putrajaya,nyehnyeh..rumah tak la jauh sangat,tp ntah nape tak pernah berpeluang nk jalan-jalan ke sana.Alamanda pn aku tak penah masuk lg.huhuhh..dasat sungguh aku ni sejak menjak dh jadi org Labuan ni.

Hero kecik aku ni ape lagi, punya sakan la dia berjalan,mentang-mentang dh 'dapat kaki' dan bole nk lari..buka main syok dia jalan menonong ke depan, merata dia pusing.ummi dia la yang tak larat nak kejar. tu blom kira dia sibuk nk memanjat. Takpelasayang ummi..sementara kita balik kampung ni, jalan la puas-puas, nnt dah balik Labuan kita dh tak bole nak merayau-rayau cam kat sini.

Aduhaiii hero ummi...~


Monday, April 20, 2009

i'm back!

syoknye dpt blk kampung =D

aku dan Mufazzal slamat smp di KL kelmarin (sabtu) tgh hari. mmg saje wat BIG surprise kt mama, ayah& sumer family aku. tak terkecuali jugak surprise untuk famili mertuaku. surprise nye kami tak bagitau nk balik.tau-tau je dh tercegat sambil renyeh wat muka selambe ckp "surprise". mau tak melompat melantun mama, ayah, adik2 aku n famili mak n ayah mertua aku. kira surprise yg menjadi jugak la..tenkiu yayang krn bekerjasama dgn tekun dlm menjayakan plan kita ni. terer gak abg mengayat sumer yg terkena.nyeh..nyeh..

so, ronggeng sakan le aku dan Mufazzal blk kampung kali ni sbb agak lama gak nk bercuti di kampung.kesian abah tinggal kt umah sorang-sorang....baru 2 hari dh rs rindu sgt kat abah.

WE MISS U ABAH!~

Thursday, April 2, 2009

MY REWARD

Alhamdu Lillah.....

Setelah hampir 8 bln menunggu, rezeki kami sekeluarga utk memiliki kereta baru tercapai sudah. Thank you abah!! We love u so much =) Kereta baru kami selamat tiba kelmarin (Selasa 31 Mac 2009)

ni je gmbr yg sempat aku candid kelmarin sbb hari dh ptg sgt, nk maghrib baru setel segala urusan. hari sabtu ni nk kena p Honda lg, kena pakai cantik-cantik sbb derang kt Honda nk amik gambar kami ngan keta baru.nyeh..nyeh..~