Tuesday, April 12, 2011

i'm back! seronoknya cuti...



Salam kepada semua.
saya telah kembali ;)
kembali semula ke utk menjalani life as before. tp harapnya kembali kali ini dgn lebih bersemangat, sihat, ceria lebih cool ya =)

45 hari. (sangat singkat)
ya..itulah tempoh masa selama saya bercuti tanpa gaji. demi suami dan anak-anak, saya tak kesah punye..tak gaji pun takpe, rezeki tetap ade juga jika diizinkan Allah..
yg penting my family comes 1st!

selama tempoh bercoti, lebih 3 minggu saya habiskan masa di Labuan bersama incik suami dan anak-anak. yeaww..sungguh la seronok ya amat. dpt celebrate besday 2 hero pujaan hati saya bersama² (as yg tertulis di entry sebelum ni), yg penting dpt spent masa bersama. the most value moment in my life is when me and family can sit together, lakukan perkara yg seronok bersama-sama walaupun hanya sekadar makan ais krim McD! B-)
then, saya sambung cuti-cuti tak bergaji di kampung mertua saya pulak sempena meraikan kehadiran 2 'orang baru' dlm family mertua saya.

*kenduri di Nadiah& Dekman di Taiping
*see..lil' hero yg kacak bergaya tu.kalah anuar zain ngan fahrain ahmad beb..B-)

*kenduri di sebelah pihak pengantin lelaki..
on 31st March, incik suami sudah kembali semula ke Labuan menyambung tugas demi negara. part ni la yg TAK BEST ni. so tak mau citer dah.. (kang tak pasal-pasal nangis kt ofis)

nota di kaki: ramai opismate saya tegur, "u nampak makin susut.." ehemm..ehemm~

Sunday, March 13, 2011

Kasihi anak-anakmu

Sekadar berkongsi, untuk renungan kita bersama~

Subhanallah..
Betapa mulia dan tingginya kasih Allah kepada hamba-hambanya..
  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW;“Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Buat anak-anak ummi, Muhammad Mufazzal Syahmi & An-Nur Wafiyya,
Ummi love both of u so beary much!!
Kalian lah kurnia & amanah paling berharga yg Allah beri pada ummi..
buah hati ummi, pengikat kasih ummi dan abah :)

Sunday, March 6, 2011

28 February 2011 = 29yrs

Salam bersiaran dr Labuan..(masih mood bercoti sbb itu lambat update lg) B-)

Selamat Ulang tahun kelahiran buat incik suami tersayang. Sudah 29 tahun woo..
Doa saya buatnya moga sentiasa diberkati-Nya, sehat-sehat hendaknya, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan terus memperbaiki serta mempertingkatkan diri utk menjadi anak, suami dan abah yang baik untuk membimbing saya dan anak-anak ke jalan yang dirahmati-Nya.

Tahun ini lebih bermakna buatnya kerana kami anak beranak dpt bersama meraikan ulang tahun kelahirannya. So mlm besday tu kami satu famili celebrate dgn makan-makan di Dorset, Labuan.. ;)


We love you so much abah!!

Tuesday, February 22, 2011

3 TAHUN

Dia kesayangan saya sudah berusia 3 tahun.
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YG KE-3 to my lil' sonshine, Muhammad Mufazzal Syahmi bin Ahmad Azwad...

Alhamdu Lillah, syukur pd-Nya anak ini membesar dgn sihat, cergas dan bijak
Doa dan harapan ummi moga Mufazzal membesar menjadi anak yang baik dan soleh, dilindungi Allah sentiasa serta berjaya di dunia+akhirat..

nota dijari:
entry yg lambat di post, tunggu gmbr dr enpon abahnya. tambahan pulak sekarang sedang becoti-coti bersama suami dan anak-anak di Labuan

Monday, February 14, 2011

Emo ke? tak kot..

Citer Emo lg di opis? oohh..tidak! tidak la seperti kisah yang dulu yang pernah dikisahkan di sini.

Tetapi watak utama kisah sedikit emo kali ini tetap sama iaitu mamat itu jugak..ape daa..~ nyesal aku layan soklan ko tadi! (entry ni emo agak kureng baguss, so 'aku' la bahasanya)

Sambil aku dok nyiapkan kerja yang tak pernahnya siap and dok melayan hotfm kot earphone yg comel ni, si mamat ni dtg..bertanyakn performance appraisal yg skang ni sumer staff pakat pulun nk kena siapkan. almaklumlah..masing² mengejarkan KPI utk last year nya performance.

Mamat S: MAPS ko da settle ke? berapa eh average kiter sepatutnya kena dapat?

Aku: dh siap pn, bos pon dh evaluate. berapa % kena dapat tu mane aku tau. ikut performance masing-masing la kot n ikut pada unit ko camner..

Mamat S: ye la aku tau..tp berapa target kiter kena dpt ye? ye la kiter ni bukan 10 tahun kerja, so kena la betul² paham and buat (sambil gaya ala² GM gitu)

Aku: maner la aku tau. aku isik je ikut pd report yg bos aku bagi, pastu ikut pd log, report kerja aku.

Mamat S: Ko dpt brape utk individual nye markah?

Aku: boleh la.., 8*.3%, bos ak pn dh bg markah, tp takla tinggi mcm individual nye %

Mamat S: Weh, tinggi nya % ko, tu dah level AGM. aku dpt 81% pn AGM aku komen tinggi sgt.

Aku: (ek eleh mamat ni, kecoh la lu..bos aku pn tak bising). Bos aku tak ckp ape pn. dia dh evaluate aku pn..lg pn kitorang ikut pd report yg AGM ktorang bagi.

Mamat S: apsal eh unit korang skor tinggi-tinggi....?? (muka tak puas hati gilerr..)

kecoh la lu mat..KPi tu tak ke mana pn. kalau ko dh memang bagus, takyah tgk KPi ke MAPS ke, tetap nampak bagus kat mata orang lain gak..pada aku takde ape sgt pn dgn KPi tu nanti. entah..aku malas nk sesak² kepala dok pikir nk kejarkan target nk capai de max point selagi boleh kan..

bos bagi kerja aku buat. user submit request/ problem, aku settlekan selagi boleh. kalau taktau mntak tolong dr bos atau team member. settle!

pangkat? oh tidak...sikit pun tak terlintas aku kerja nak naik pangkat. aku kerja hanya utk kerja, selesaikan tanggungjawab yg org bagi, kerja sehabis baik (walaupun tak la sebaik mana pn performance aku, huhu). cukup bulan, gi ATM cucuk duit. bayar segala utang, uruskan belanjawan anak-anak (itu yg penting) and beli barang² keperluan. kalau ade sipi-sipi $ terlebih baru la aku pikir nak carik baju baru ke, kasut baru ke..slalunya takde la pulak $ sipi-sipi ni, huhu..so, amat jarang la sgt aku ke opis bergaya dgn barangan baru. aku pn tak kesah sgt bab-bab tu. janji anak-anak aku cukup makan pakai diorang. mujurla opis aku ni dikelilingi oleh org-org teknikal, so tak kesah sgt pd penampilan diri. org IT la katakan..hehe..(ye ke camtu?)

so, kepada Encik Mamat S, andaikata ade rezeki ko nak dapat bonus nnt, ade la tu nanti yer..jangan ribut-ribut tak tentu hala ye risaukan markah KPI ko tu. semua org bagus. takde yg tak bagus pun. cuma rezeki tu masing-masing punya bahagian ALLAH nak bagi...~

Sekian. aku mengomel ni smp tak gi lunch tau!


Thursday, February 10, 2011

bila semakin luas pemerhatian dan byk mendengar, semakin luas juga la pemikirannya

Kisah Air loncat- cuba teka ape itu air loncat? hahaa...

Situasi 1 ( Sewaktu ke Putrajaya awal tahun aritu utk mengambil ic baru mama, elis and adik)

Mufazzal: wahh..air loncat! byk nye air loncat!

Situasi 2 (Ujg bln Jan yg lps ms blk kmpung di Taiping, kami ke rumah makcik saya di Parit Buntaq)

Mufazzal: tu..tgk..air loncat bowling! (dgn excitednya Mufazzal menjerit dr dlm kereta)

*Air loncat = air pancut
*Air loncat bowling = air pancut yg ade replika labu sayong.huhu..labu sayong tu kn ala² rupanya pin bowling

Kisah Kuih
Dolu-dolu..
Mufazzal: Ummi..pazal nk kuih katun..

Sekarang...tidak lagi!
Ummi: Mufazzal..tgk ni ma'wan beli kuih katun byk utk abg. nnt bwk gi umah Wan tau..
Mufazzal: Bukanlah..kuih donut!
Ummi: ooo..ok

setelah lama diajar br² ni gak la Mufazzal panggil kuih donut, kalo tak kuih katun je la. smp kn makcik yg jual kuih kt umh aku tu pn gelak, bila nmpk kami dtg nk beli kuih, dia tnya Mufazzal "adik nk kuih katun ke?")
ade satu lagi kuih yang ade nama glamer, gelaran yg diberi Mufazzal iaitu kuih cantik, hehe..kuih apakah itu?
*kuih cantik= kuih apam kaler-kaler...

Kisah lampu
br je berlaku berlaku mlm td, dlm kereta on de way blk rumah dr Klang. Selalunya ktorg slalu travel dgn Avanza ayah saya, tp disebabkan ayah outstation bersama encik Avanzanya, so kami ke Klang dgn En Wira Ceklang. Citernye masa Mufazzal dok geledah brg² dlm dashboard, entah ape yg dia jmp, saya tak prasan sbb tgh drive..

Mufazzal: eh mane lampu nampak ni? takdela..nk amik kt kete atokla lampu nampak. tak nmpk la pazal nk tengok ni..

*lampu nampak = lampu yg dlm keta.
org panggil lampu ape eh?(lampu dlm kete wira kn ade satu je kt tgh², kalau incik avanza kn ade 2 lampu dlm, satu tu kt dpn..

Kisah drama di TV

Kitorang seisi umah (saya, mama, alang and adik ) dok folo cerita 'Lagenda Budak Setan' kt Astro. (dh abis pn bhgn pertama kan..tunggu sambungan kisah Katerina pulak pasni, huhu..). So, hero ini pn secara tak langsung tgk gak citer tu. jgn taktau, dia siap boleh nyanyi dh lagu OST citer tu, huhu. siap marah lagi acu dia nyanyi. "Acu, jgn nyanyi la! tu lagu pazal" - nyeh..yo yo oo je anak den nih :D. ade satu mlm tu dia saje-saje bertanya..

Mufazzal: Ummi, citer ape ni?
Ummi: citer..citer Lagenda Budak..(dlm ati takkan nk sebut kot Set*n, kang naya je dia ikut nyebut je)
Ummi: aa..citer Ayu! (huhu..amik je nama heroin citer tu senang)
Mufazzal: Bukanla..ni citer Bila Cinta..(siap nyebut dgn melodi lagu lagi+ feel muka yg yo-yo oo tak hengatt..)
Ummi: haa..ye la :D

Selain tu, antara feberet tv Mufazzal ialah
  • citer Tibin - Mr. Bean (ades..ni lg naya, berpuluh kali ulang. siap dia bole igt la beberapa action pakcik angkat dia tu)
  • citer Kucing Meow @ citer Enjeli - Tom and Jerry
  • citer Thomas, Dibo, Mickey Clubhouse, Pororo and ade la beberapa katun yg comel² lg( tetiba tak igt lak)
mujurla dia minat citer katun² cmtu ;) ok gak ummi, acu and baby Fiyya bole layan skali. nasib baik dia tak minat citer katun otomen ke, spiderman ke, semua men²..tu la. kalo tak naya je ade yg kena jadi mangsa dia..

ini la satu-satunya hero Ummi and Abah. diam tak diam lg 2 minggu je lg Mufazzal dh nk sambut ulang tahun kelahiran ke-3..dh makin besar anak ummi ni.
makin byk akai..byk pe'el..byk songeh..;)
dia la yg sering membuat saya senyum, ketawa, marah, menangis..
dialah segalanya untuk saya~


Tuesday, February 8, 2011

Lagu ini utk incik suami lagi..

mood copy paste lagu lagi..dedicated lagu lagi..

utk siapa lagi kalau bukan utk Incik Suami tersayang =) saya sangat lah suka dgr lagu ni sekarang selain lagu Kuberjanji Kerna Cinta~ B-)

bukan la takdak idea nk berblogging..tp lately keje byk la pulak and ade komitmen lain yg lbh dan perlu diutamakan setiap kali tgn ni log in nk m'update blog yg tak semenggah mane ni, huhu..

utk suami saya, En Ahmad Azwad ....

walaupun tau dah musti abg gelak nye bila ayang dedicate lagu ni sbb incik suami saya nggak b'kenan pd sang penyanyinya..huhu (well...lelaki maner tak jeles sama itu Anuar Zain kan..kan..)

abg musti suka jugak lagu ni tau. suka pd lirik and de' meaning of dis song ya..musti lps ni abg lagi sayang kt ayg kn, nyehh..~ ;)

Sedetik Lebih- Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Lyrics by:

EDRY ABDUL HALIM- KRU Publishing Sdn Bhd


* tgh mancarik masa yg sesuai..yang pjg utk update lagi. byk sgt perkara yang berlaku yang nk di share sepanjang awal tahun ni..