Wednesday, October 12, 2011

hari ini saya ke ofis...

hari ini saya 'half day' kerja..
pagi ini saya perlu membawa Wafiyya utk 'follow up' chex up dgn Dr Arbai'yah di Bdr Br Bangi.
Alhamdu Lillah..kesihatan Wafiyya semakin baik. tak perlu lagi makan ubat, tak perlu lg amik ventolin puff..
Wafiiya seperti biasa, mmg seronok le dpt main kt klinik td, smp doc and nurse² kt situ pn dh aim dia as gegirl yg paling aktiv n lasak..haishh..mengah jugak ummi nya nk menengok n mengejar dia main kt sn. tu kalau ade Mufazzal lg la..semputttttt...~

Lps selesai chex up, saya settlekan pulak psl nk claim insurans Wafiyya dr pr*den***l. adess..mmg leceh sungguh. bila nk bayaq kt derang tiap² bln, senang je..bila kita nk claim, mak aihh..dgn medical report dr doc n hospital la..itu ini sebagainya. utk medical report je dh melayang RM 100..nasib badan. janji claim ttp claim!

lps setel smua urusan di Bangi, saya pulang semula utk menghantar Wafiyya ke rumah pengasuh dan singgah rumah kejap taruk barang, amik barang nk p opis pulak bagai..then, tru ke opis di Kelana Jaya. penat..ngantuk segala bagai..rs mcm malas nk p keje pn ada td. tp digagahkan jua...

dan akibat kelam kabut + penat + ngantok nk p keje td...dh suku perjalanan barula saya perasan kan ini...
apo nk dikato...gi jo la kojo dgn berselipar koboi je..(dh le selipar pinjam lak tu..layankan aje)

Friday, September 30, 2011

Wafiyya in action

Lil' princess An-Nur Wafiyya nak jugak melawa, melaram...
tgk saja ini.....
dan ini............

Wednesday, September 28, 2011

Biler lagi..?

Mufazzal, Wafiyya dan Ummi sudah rindu sangat sama abah.... 


biler lagi abah nak balik yer...?

*pic taken on 11 Sep 2011- ms abah berlepas blk ke Labuan..

Friday, September 23, 2011

indahnya saat² bersama suami& anak-anak

saya rindukan suami saya..
saya pasti Mufazzal dan Wafiyya juga rindukan abah mereka..
even setiap hari kami ber 3G, tp itu tidak cukup, uwaaaa..~
dan saya rindukan saat² seperti ini......


*mugkin saya agak stress minggu ini dgn lambakan kerja di opis dan risau memikirkan keadaan kesihatan Mufazzal dan Wafiyya yg kurang baik sejak kebelakangan ini. Batuk mereka masih tidak sembuh sejak 2-3 minggu lamanya. Esok harus saya bawa mereka berjumpa paed! 

Thursday, September 15, 2011

Nilai Susu Ibu

saya dapat cerita ini semalam.., melalui emel dr seorang rakan opis..
sedikit sebanyak naluri keibuan saya tersentuh dgn 2 kisah di bawah..

Alhamdu Lillah..saya masih dimurahkan rezeki dr-Nya untuk terus menyusukan my lil' angel, An-Nur Wafiyya sehingga kini diusianya 1 tahun 3 bulan.. :)



Kisah 1: 

DITINGGAL IBUNYA, THA SOPHAT MENYUSU LANGSUNG DARI LEMBU

Pemandangan menyedihkan ini terjadi di Kemboja. Dimana seorang anak kecil yang bernama Tha Sophat yang berusia 18 bulan terpaksa menyusu terus dari seekor lembu,sejak ibunya keluar mencari pekerjaan kerana keadaan hidup yang tidak punya apa apa setelah badai melanda negeri tersebut.
Datuk Tha Sophat yang kini menjaganya mendedahkan bahawa cucunya melakukan hal ini sejak Julai lalu, ketika orang tuanya meninggalkan Kemboja untuk mencari nafkah ke Thailand.Menurut Um Oeung (46), cucunya Sophat mendadak sakit ketika berhenti menyusu dari ibunya, dan ketika budak tersebut melihat seekor lembu menyusu pada ibunya, Dia mulai melakukan hal yang sama, yakni menyusu langsung dari induk lembu setiap hari.
Oeung pernah cuba menghalang cucunya menyusu dari lembu tersebut, namun itu membuat Sophat menangis dan membuat datuk yang sangat menyayangi Sophat tak berdaya sehingga terpaksa membiarkannya.Tetangga serta pegawai tempatan di desa Pheas di wilayah Siem Reap (sekitar 195 kilometer dari ibu kota Phnom Penh) mengatakan mereka tidak berkenan mengenai cara Oeung merawat cucunya tersebut.
“Mereka terus menyalahkan saya, dan memaksa saya untuk tidak membiarkan Sophat menyusu dari lembu lagi. Kerana mereka mengatakan bahawa anak itu akan merasa malu ketika dia besar dan nanti akan menjadi nakal, “katanya sambil menambah bahawa saat ini dia telah menghadkan Sophat menyusui, yakni satu kali saja setiap hari.
Walaupun begitu, Um Oeung menjelaskan bahawa cucunya dalam keadaan sihat dan kuat, bahkan kebiasaan menyusunya yang anehnya ini belum sekalipun menyebabkan Sophat terkena apa apa penyakit.- Reuters


Kisah 2:

SEORANG IBU SANGGUP MENYUSUI ANAK LEMBU

Couthi Bai seorang wanita yang tinggal di desa Kilchu India dengan penuh kerelaan dan kasih sayang menyusui anak lembu yang menjadi yatim setelah ibunya mati. Memang di India yang majoriti menganut agama Hindu, lembu mendapat tempat yang istimewa, sehingga Bai sangat menyayangi haiwan ini.


Bayangkan saja berapa banyak bayi bayi lahir tidak mendapat susu dari si ibu, padahal susu ibu merupakan gizi dan makanan terbaik bagi bayi. Justeru mereka menggantikan Air Susu Ibu dengan Susu FormuLa yang diperbuat dari pemprosesan susu lembu. Tapi kini yang terjadi adalah sebalikanya, manusia menyusui lembu.
 




Nota dijari (sekadar renungan utk dikongsi bersama):

Allah SWT banyak berbicara keutamaan susu ibu di dalam Al – Quran cuma kekadang kita lalai untuk ambil perhatian  “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” (surah Al-Baqarah, ayat 233) tetapi seandainya ibu mempunyai masalah maka Allah SWT berkata “Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Surah Al-Baqarah, ayat 233) dan Allah SWT memberi jalan kepada yang tidak mampu menyusukan anak ” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” (Surah At-thalaq, ayat 6).


Wednesday, September 14, 2011

saya nak update macam-macam cerita, tp semacam takde masa je..

wahh..title post dah macam kaksarah jugak..panjang berjela.
saya hanya type apa yang terlintas je kt minda saat ini sementara tgh break lunch hour ni.

sebelum itu, SELAMAT HARI RAYA 'AIDILFITRI buat teman-teman, sahabat-sahabat dan all readers yg singgah ke blog saya.
bizi.
ye..saya sangat bizi dgn kerja yang tak pernah habis sejak blk dr cuti raya. komitment tugas yg dilambakkan di opis membuatkan mood saya utk meng update blog yg tak seberapa gah ni asik tergendala. nk update kat umah..alahaii..kena tunggu jam 1, 2 pagi la nmpk nya selepas askar-askar kenit saya tido. masa yg ada di rumah perlu diguna sebaik mungkin utk hero dan heroin saya..

cerita raya saya rasanya boleh dikatakan sama je dgn org lain. raya tahun ni happy and sangat bermakna sebab dapat beraya bersama husband and anak-anak yang sedang membesar.lebih happy bila saya dpt celebrate 1st raya bersama both famili,family mertua and family saya pd sebelah malam nya.

Mufazzal sgt la ensem mcm abahnya in wearing baju melayu lengkap bersampin+songkok and Wafiyya comell la tersangat in baju kurung cotton sedondon dgn umminya..tak caya ce tengok gambar ni..hihihi ;)


Mufazzal& Wafiyya beraya di Taiping bersama sepupu mereka, Raihanah& Raudhah...


* baru perasan rupanya gambar raya husband saya takde dlm simpanan phone saya. sorry ye yang..
**tapi memang la tersangat ralatnye sebab tak sempat nk bergambar bersama in baju raya sedondon tahun ni. takpela..nnt kita tunggu raya haji atau bila-bila ada ms terluang utk bergambar bersama eh..

Tuesday, August 9, 2011

Alaaaa.....Yeayyy!!

Alaaaa....

Tak jadik blk la pulakk............
Encik Ahmad Azwad, suami tersayang saya tak jadik blk KL la pulak. patutnya encik suami akn berkursus 2 hari di Kinrara esok, 10 Aug. Kemain eksaited nya saya bila dpt tau laswik, langsung terus dikhabarkan kpd anak² dan famili. Dapat jugak berpuasa bersama harapnya. Tp semalam encik suami kol bg tau tak jd attend that course. sedey nye. Mufazzal Syahmi dh eksaited tunggu abahnya blk. Ummi nya dok ajar "abg tido lg 3x abah blk..."
alahai..kesian anak ini. takpe la..nnt akan diberitahu dan dipujuk secara pelan-pelan..

Yeayy..!!
Orang-orang gomen akan dpt rezki lebih utk raya ni..setengah bln gaji spt yg dikhabarkan.
So, buat encik suami tersayang saya yang sangat saya rindui...

" Yang...25% yerr.."