Friday, January 27, 2012

Berpindah Ofis

Our unit has moved to TM Annexe 2, next to Menara TM in Bangsar this day..

*ihsan en gugel*

Selepas ini saya tak perlu lagi stress dengan perjalanan yg jauh+ traffic jam+tol+petrol encik wira..sebabnya saya akan ke office dgn menumpang rempit mama saya ;)

So, selepas ini boleh la saya spend lebih masa utk menyiapkan Mufazzal ke sekolah pd setiap pagi..


*Saya suka dgn tempat baru saya. Dok sorang², no sharing table, kaler merah+putih lagi..sungguh ceria ;) tp tula..Cikpuan Manager la pulak dok kt belakang saya, huhu..

Sungguh kurang asamm encik itu!

Alkisahnya semalam tayar incik Wira saya terkena skru. tayar depan pulak tu disebelah driver. panik tu takde la mana, cuma risau tak lepas blk umh je..so saya pun bersama 2 lg member berpusing2 la kt area Kelana Jaya utntuk mencari mana-mana kedai tayar yg buka. Almaklumlah..Chinese New Year, so byk lagi kedai yg tutup. Tambahan pulak di area Kelana Jaya ni kebanyakkan kedai tayar/ bengkel rasanya dimonopoli oleh kaum Cina.

Bila dh tak jmp kedai tu, saya amik keputusan utk singgah di Shell, untuk pump tayar tersebut memandangkan nampaknya semakin flat..smp kt situ ade la iklan2 utk servis tayar pancit/ rosak. Member saya pn advise utk try kol mamat yg promote servis utk masalah tayar pancit. Ni no mamat tu.. 
ABU-0173750034

Dlm 10minit kemudian mamat ni sampai. buat keje2 tampalan (inject cacing org kata), tak smp 10 minit pun..dia charge saya RM 30. amik ko! macam haramm..smp RM30 dia ketuk saya. mmg tamakk melampau tahap gaban ko mat..

Smp sekarang bila terkenangkan hal ni, saya rasa sakit hati sangat. Taktau la kenapa ms tu saya tak persoalkan/ ungkit kt dia yg harga tu terlalu mahal.Hulur la jugak RM30 itu wlpun ketika tu saya sgt la terkejut+tak ikhlas (sebab dlm hati dok maki hamun dia). Kalo p kedai, baru RM5 je cina brothers tu charge.ampehh tol. org melayu pn mau tipu org melayu ka?

ape pun saya pasrah andaikata RM30 itu mmg bukan rezeki saya..tapi saya tak redha RM30 itu diberi kpd mamat penipu yg mengambil kesempatan kpd org lain...[pasrah..redha- dh mcm ombak rindu la pulak (^,^) ]

Kepada En Abu,(spt nama yg terlekat di Shell/ Petronas area SS4, Kelana Jaya);
"Awak memang sungguh ampehh!! sungguh kurang asamm..sanggup menganiaya org lain, mencarik rezki sampingan dgn cara menipu sebegitu.."

*saya yang sangatt marah& sakit hati...

Friday, January 13, 2012

Setelah Seminggu Bersekolah

Begini la rupa hero saya pd hari ke-4 persekolahannya...
*tp gmbr ini br sempat diambil kelmarin, 2 hari selepas kejadian. 

Alkisahnya, Mufazzal dicakar teman setadika+setaska nya..Menurut cikgunya, Mufazzal tak mengusik/ bermain pn dgn temannya itu. Menurut cikgunya lagi, teman Mufazzal itu mmg antara yg paling lasak&agresif di situ and kebetulan ms hari kejadian kuku temannya itu tersangatlah panjang (mengalahkan kuku org tua bak kata cikgunya), hehe..

Tp mujurla..Mufazzal tak menangis pn apatah lagi membalas perbuatan temannya itu. Cuma dia p mengadu kt cikgunya kata mukanya pedih, kawan buat and ms mandi ade sedikit merengek sbb pedih. Ape-ape pun "gentleman la u, my hero!"

Jenuh ibu kepada teman Mmufazzal itu call dan sms saya memohon maaf bg pihak anaknya sehingga sanggup menanggung kos rawatan if saya bwk Mufazzal ke klinik. it's ok..small matter je. Cuma saya psn pd    si ibu itu, potong la kuku anaknya itu.

Blk dr taska ptg tu, husband saya sapukan *krim ke pd luka² di muka Mufazzal. Kalau tgk betul² mmg teruk and agak melampau la jugak. Tp takpe la abang Mufazzal.."learn from the experience, ok!"

*nk tau saya pakai krim ape? hahaa..krim cocoa butter by Palmer's yg utk breastfeeding mommy. Yang tu paling cepat berkesan (from my experience). Mlm td tgk pd luka² di muka Mufazzal dh nmpk kering and berkurang pun..

Dan ini hasil kerja/ pembelajaran Mufazzal selama seminggu bersekolah...

"I'm proud of you, dear...:D"


Monday, January 9, 2012

Bersemadilah dikau dgn tenang



Pada tanggal 4 Jan 2012 yang lepas, Opah saya telah kembali ke rahmatullah akibat neutropenic sepsis. Saya pun tak sure sakit apa ni, cuma apa yang saya tahu arwah Opah memang dh lama sakit since Mufazzal lahir pada tahun 2008. Seperti yg selalu orang katakan, sakit orang tua..arwah opah mengalami masalah pada jantung dan buah pinggang serta diabetes. Cuma pada penghujung tahun lepas pihak hospital br sahkan arwah Opah menghidap kanser ovari tahap 4..

Sangat menyedihkan Opah menghembuskan nafas yg terakhir di Isolation Ward seorang diri, hanya ditemani seorang nurse kerana pd masa itu bukanlah waktu melawat. Dan paling sedih dan ralat kami sekeluarga tak sempat melihat jasad opah buat kali terakhir kerana urusan pengebumian opah harus disegerakan selepas 'Asar, tambahan pula memandangkan keadaan cuaca di kamunting ketika ini setiap petang hujan lebat.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Opah dan moga Opah ditempatkan dikalangan insan-insan yang beriman dan beramal di Allah SWT. Amin...~



*gambar ihsan gugel

Wednesday, January 4, 2012

His 1st day to School


He’s very excited about finally he was able to go to school. This morning, although it was difficult to wake up, he remains enthusiastic when solicited by his nagging ummi and ceklis.. (itupun setelah saya tunjukkan uniformnya yg sudah tersedia tergantung..)

Tiba di sekolah, pada mulanya Mufazzal malu-malu..(tp sebenarnya mau). Tp dek pujukan Teacher Ruslinda,umminya dan ceklisnya akhirnya Mufazzal mau juga join kawan-kawan nya yg lain di situ. Takde masalah untuk dia menyesuaikan diri sebab Mufazzal mmg seorang kanak-kanak yg cepat mesra dan suka berkawan.

Tak sampai sejam pun saya di tadika menemani nya di hari pertama persekolahan. Tengok pada gayanya dia dah boleh adapt dgn persekitaran, cikgu-cikgu di situ and kawan-kawan yg baru dikenalinya. Bila saya katakan padanya yang ummi nak blk dulu, nnt petang ummi datang jemput, dia hanya mengangguk sahaja (dh seronok jmp kawan baru la katakan).

Masa saya nk blk tu, masa minum pagi utk kanak-kanak disitu. Jadi, saya lengahkan masa utntuk melihat gelagat Mufazzal dr mula-mula beratur nk ambil makanan+minuman sehingga ms makan nya. Dlm pada saya menunggu tu;
Mufazzal: Ummi..balikla cepat..
Ummi: Ok2..ummi nk balik la ni..janji abg takmau nangis. 
Mufazzal: takla..tak nangis pun..:D

Senang hati saya....~





Thursday, December 29, 2011

MERIT Oh rezeki....

Terkulat² saya dpt email ni...
Tp dalam pd tu ada senyuman dibibir...dihati sudah berbunga-bunga..
tak sangka jugak, hikhikhik...

Alhamdu Lillah....ade rezeki lebih untuk anak-anak saya untuk penghujung 2011 ini....:D


Tuesday, December 20, 2011

18 months!

An-Nur Wafiyya is 18 months today!

Sungguh cepat masa berlalu...;)
Alhamdu Lillah..Wafiyya membesar dgn sehat, baik dan cergas (rasa cam terlebih cergas pn ade)
Walaupun Wafiyya masih lg di dalam pemantauan doktor (akibat jangkitan bronchopneumonia 2 bln yg lps), dia sudah menunjukkan perkembangan yg positif.Cuma buat ms ni Wafiyya masih lg perlu mengambil 1-2x puff-flexotide dlm sehari..
my lil' bambam~

Dan paling saya gumbira dan bersyukur...ialah saya masih dimurahkan rezki utk menyusukan Wafiyya sehingga kini. Alhamdu Lillah, target utk 1 thn setengah sudah dicapai. Target to breastfeed her for 6 months lagi akn diteruskan wlpn kini Wafiyya sudah minum susu formula kerana stok susu saya sudah tidak mencukupi utk menampung keperluan Wafiyya..Mungkin juga saya sudah tidak lg menge'pump' di office. ya..itu salah satu faktor susu saya semakin kurang. Asalnya pee'l tidak menge 'pump' ni disebabkan stok yg dapat semakin merudum. So, semangat pn semakin kureng..dan lama² tu semangat malas pn datang..dan inilah hasilnya..production of milk semakin less and less...Mujur la di rumah Wafiyya masih mahu lg direct breastfeed... 
Jelas lg di mata saya, saat saya mengendong, meriba, memeluk Wafiyya ketika dapat menyusukannya seawal usianya sehari mengenal dunia yg ketika itu seberat 3.25kg , ketika usianya 2bln, 4bln, 8bln dan seterusnya sehingga kini 18 bln yg mana Wafiyya kini menjangkau 10.3kg. Perasaan menyusukannya tetap sama.GEMBIRA& BAHAGIA :D

So, kepada Cik Medela saya..selamat bercuti! Terima kasih kerana menemani saya, membantu saya sepanjang proses saya menyusukan babygal kesayangan saya itu. Perkhidmatan Cik Medela akan disambung bila sampai rezeki seterusnya nanti ye..;)
*saya sungguh rindukan saat² ini- 'projek' menambah stok EBM, di surau opis