Thursday, April 21, 2011

saya tak kisah

saya tak kisah..
saya tak kisah dah..
tak larat nak pikir perkara remeh macam tu..
tak percaya sudah..
yg penting ALLAH tahu niat saya & apa yang saya buat

Friday, April 15, 2011

7 April 2011- "I was too young to be my age"

toing! 28 tahun suda ;)
happy besday to me =)
a BIG thank you to my luvly husband, my parents, alang, elis, kaklong, my parents in law and all my best frens yg setia wish kpd saya tiap-tiap tahun. to akmar, fieza and zhafry, thank you ya for your wish every year; selama lebih 15 thn kita bersahabat..korang tak pernah lupa pun

most valuable wish was from my lil' hero, Mufazzal. (tp dia wish awal la sesangat hehe..on dat nite before ms we all tgh relax tgk tv, he suddenly hug and kissed me and said "happy beday to u ummi". huhu..mmg tokojut den, trus t'gelak and said "tq abg..tp besday ummi esok la..awal nya abg nyanyi". esok tu saya mintak dia nyanyi lagu beday to you;

ummi: mufazzal..nyanyi la lagu beday to u ummi..
mufazzal: taknak la..mane ade beday to u..
ummi: laa..arini beday to u ummi la..
mufazzal: taknak laa. mane ade beday to u..(sambil dok geleng kepala)
*pada dia kalau ade kek/ pizza tu baru la beday to u..~

incik suami ade tanya kan saya (since awal tahun) nk adiah ape. saya jawab nk ni..bole?
amacam Mazda 6, demand kan? lain la kalau incik suami saya tu Panglima ATM.. ;)

tapi akhirnya..saya dapat ini.suke..suke..suke.. i luv u la cayang!
tq dear..walaupun jauh nun di Labuan, abg sudi gak wat special delivery during my day. utk hadiah besday nnt, tunggu jmp abg la ye..boleh backdate request, hehe~ B-)

Tuesday, April 12, 2011

i'm back! seronoknya cuti...



Salam kepada semua.
saya telah kembali ;)
kembali semula ke utk menjalani life as before. tp harapnya kembali kali ini dgn lebih bersemangat, sihat, ceria lebih cool ya =)

45 hari. (sangat singkat)
ya..itulah tempoh masa selama saya bercuti tanpa gaji. demi suami dan anak-anak, saya tak kesah punye..tak gaji pun takpe, rezeki tetap ade juga jika diizinkan Allah..
yg penting my family comes 1st!

selama tempoh bercoti, lebih 3 minggu saya habiskan masa di Labuan bersama incik suami dan anak-anak. yeaww..sungguh la seronok ya amat. dpt celebrate besday 2 hero pujaan hati saya bersama² (as yg tertulis di entry sebelum ni), yg penting dpt spent masa bersama. the most value moment in my life is when me and family can sit together, lakukan perkara yg seronok bersama-sama walaupun hanya sekadar makan ais krim McD! B-)
then, saya sambung cuti-cuti tak bergaji di kampung mertua saya pulak sempena meraikan kehadiran 2 'orang baru' dlm family mertua saya.

*kenduri di Nadiah& Dekman di Taiping
*see..lil' hero yg kacak bergaya tu.kalah anuar zain ngan fahrain ahmad beb..B-)

*kenduri di sebelah pihak pengantin lelaki..
on 31st March, incik suami sudah kembali semula ke Labuan menyambung tugas demi negara. part ni la yg TAK BEST ni. so tak mau citer dah.. (kang tak pasal-pasal nangis kt ofis)

nota di kaki: ramai opismate saya tegur, "u nampak makin susut.." ehemm..ehemm~

Sunday, March 13, 2011

Kasihi anak-anakmu

Sekadar berkongsi, untuk renungan kita bersama~

Subhanallah..
Betapa mulia dan tingginya kasih Allah kepada hamba-hambanya..
  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW;“Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Buat anak-anak ummi, Muhammad Mufazzal Syahmi & An-Nur Wafiyya,
Ummi love both of u so beary much!!
Kalian lah kurnia & amanah paling berharga yg Allah beri pada ummi..
buah hati ummi, pengikat kasih ummi dan abah :)

Sunday, March 6, 2011

28 February 2011 = 29yrs

Salam bersiaran dr Labuan..(masih mood bercoti sbb itu lambat update lg) B-)

Selamat Ulang tahun kelahiran buat incik suami tersayang. Sudah 29 tahun woo..
Doa saya buatnya moga sentiasa diberkati-Nya, sehat-sehat hendaknya, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan terus memperbaiki serta mempertingkatkan diri utk menjadi anak, suami dan abah yang baik untuk membimbing saya dan anak-anak ke jalan yang dirahmati-Nya.

Tahun ini lebih bermakna buatnya kerana kami anak beranak dpt bersama meraikan ulang tahun kelahirannya. So mlm besday tu kami satu famili celebrate dgn makan-makan di Dorset, Labuan.. ;)


We love you so much abah!!

Tuesday, February 22, 2011

3 TAHUN

Dia kesayangan saya sudah berusia 3 tahun.
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YG KE-3 to my lil' sonshine, Muhammad Mufazzal Syahmi bin Ahmad Azwad...

Alhamdu Lillah, syukur pd-Nya anak ini membesar dgn sihat, cergas dan bijak
Doa dan harapan ummi moga Mufazzal membesar menjadi anak yang baik dan soleh, dilindungi Allah sentiasa serta berjaya di dunia+akhirat..

nota dijari:
entry yg lambat di post, tunggu gmbr dr enpon abahnya. tambahan pulak sekarang sedang becoti-coti bersama suami dan anak-anak di Labuan

Monday, February 14, 2011

Emo ke? tak kot..

Citer Emo lg di opis? oohh..tidak! tidak la seperti kisah yang dulu yang pernah dikisahkan di sini.

Tetapi watak utama kisah sedikit emo kali ini tetap sama iaitu mamat itu jugak..ape daa..~ nyesal aku layan soklan ko tadi! (entry ni emo agak kureng baguss, so 'aku' la bahasanya)

Sambil aku dok nyiapkan kerja yang tak pernahnya siap and dok melayan hotfm kot earphone yg comel ni, si mamat ni dtg..bertanyakn performance appraisal yg skang ni sumer staff pakat pulun nk kena siapkan. almaklumlah..masing² mengejarkan KPI utk last year nya performance.

Mamat S: MAPS ko da settle ke? berapa eh average kiter sepatutnya kena dapat?

Aku: dh siap pn, bos pon dh evaluate. berapa % kena dapat tu mane aku tau. ikut performance masing-masing la kot n ikut pada unit ko camner..

Mamat S: ye la aku tau..tp berapa target kiter kena dpt ye? ye la kiter ni bukan 10 tahun kerja, so kena la betul² paham and buat (sambil gaya ala² GM gitu)

Aku: maner la aku tau. aku isik je ikut pd report yg bos aku bagi, pastu ikut pd log, report kerja aku.

Mamat S: Ko dpt brape utk individual nye markah?

Aku: boleh la.., 8*.3%, bos ak pn dh bg markah, tp takla tinggi mcm individual nye %

Mamat S: Weh, tinggi nya % ko, tu dah level AGM. aku dpt 81% pn AGM aku komen tinggi sgt.

Aku: (ek eleh mamat ni, kecoh la lu..bos aku pn tak bising). Bos aku tak ckp ape pn. dia dh evaluate aku pn..lg pn kitorang ikut pd report yg AGM ktorang bagi.

Mamat S: apsal eh unit korang skor tinggi-tinggi....?? (muka tak puas hati gilerr..)

kecoh la lu mat..KPi tu tak ke mana pn. kalau ko dh memang bagus, takyah tgk KPi ke MAPS ke, tetap nampak bagus kat mata orang lain gak..pada aku takde ape sgt pn dgn KPi tu nanti. entah..aku malas nk sesak² kepala dok pikir nk kejarkan target nk capai de max point selagi boleh kan..

bos bagi kerja aku buat. user submit request/ problem, aku settlekan selagi boleh. kalau taktau mntak tolong dr bos atau team member. settle!

pangkat? oh tidak...sikit pun tak terlintas aku kerja nak naik pangkat. aku kerja hanya utk kerja, selesaikan tanggungjawab yg org bagi, kerja sehabis baik (walaupun tak la sebaik mana pn performance aku, huhu). cukup bulan, gi ATM cucuk duit. bayar segala utang, uruskan belanjawan anak-anak (itu yg penting) and beli barang² keperluan. kalau ade sipi-sipi $ terlebih baru la aku pikir nak carik baju baru ke, kasut baru ke..slalunya takde la pulak $ sipi-sipi ni, huhu..so, amat jarang la sgt aku ke opis bergaya dgn barangan baru. aku pn tak kesah sgt bab-bab tu. janji anak-anak aku cukup makan pakai diorang. mujurla opis aku ni dikelilingi oleh org-org teknikal, so tak kesah sgt pd penampilan diri. org IT la katakan..hehe..(ye ke camtu?)

so, kepada Encik Mamat S, andaikata ade rezeki ko nak dapat bonus nnt, ade la tu nanti yer..jangan ribut-ribut tak tentu hala ye risaukan markah KPI ko tu. semua org bagus. takde yg tak bagus pun. cuma rezeki tu masing-masing punya bahagian ALLAH nak bagi...~

Sekian. aku mengomel ni smp tak gi lunch tau!