Friday, September 23, 2011

indahnya saat² bersama suami& anak-anak

saya rindukan suami saya..
saya pasti Mufazzal dan Wafiyya juga rindukan abah mereka..
even setiap hari kami ber 3G, tp itu tidak cukup, uwaaaa..~
dan saya rindukan saat² seperti ini......


*mugkin saya agak stress minggu ini dgn lambakan kerja di opis dan risau memikirkan keadaan kesihatan Mufazzal dan Wafiyya yg kurang baik sejak kebelakangan ini. Batuk mereka masih tidak sembuh sejak 2-3 minggu lamanya. Esok harus saya bawa mereka berjumpa paed! 

Thursday, September 15, 2011

Nilai Susu Ibu

saya dapat cerita ini semalam.., melalui emel dr seorang rakan opis..
sedikit sebanyak naluri keibuan saya tersentuh dgn 2 kisah di bawah..

Alhamdu Lillah..saya masih dimurahkan rezeki dr-Nya untuk terus menyusukan my lil' angel, An-Nur Wafiyya sehingga kini diusianya 1 tahun 3 bulan.. :)



Kisah 1: 

DITINGGAL IBUNYA, THA SOPHAT MENYUSU LANGSUNG DARI LEMBU

Pemandangan menyedihkan ini terjadi di Kemboja. Dimana seorang anak kecil yang bernama Tha Sophat yang berusia 18 bulan terpaksa menyusu terus dari seekor lembu,sejak ibunya keluar mencari pekerjaan kerana keadaan hidup yang tidak punya apa apa setelah badai melanda negeri tersebut.
Datuk Tha Sophat yang kini menjaganya mendedahkan bahawa cucunya melakukan hal ini sejak Julai lalu, ketika orang tuanya meninggalkan Kemboja untuk mencari nafkah ke Thailand.Menurut Um Oeung (46), cucunya Sophat mendadak sakit ketika berhenti menyusu dari ibunya, dan ketika budak tersebut melihat seekor lembu menyusu pada ibunya, Dia mulai melakukan hal yang sama, yakni menyusu langsung dari induk lembu setiap hari.
Oeung pernah cuba menghalang cucunya menyusu dari lembu tersebut, namun itu membuat Sophat menangis dan membuat datuk yang sangat menyayangi Sophat tak berdaya sehingga terpaksa membiarkannya.Tetangga serta pegawai tempatan di desa Pheas di wilayah Siem Reap (sekitar 195 kilometer dari ibu kota Phnom Penh) mengatakan mereka tidak berkenan mengenai cara Oeung merawat cucunya tersebut.
“Mereka terus menyalahkan saya, dan memaksa saya untuk tidak membiarkan Sophat menyusu dari lembu lagi. Kerana mereka mengatakan bahawa anak itu akan merasa malu ketika dia besar dan nanti akan menjadi nakal, “katanya sambil menambah bahawa saat ini dia telah menghadkan Sophat menyusui, yakni satu kali saja setiap hari.
Walaupun begitu, Um Oeung menjelaskan bahawa cucunya dalam keadaan sihat dan kuat, bahkan kebiasaan menyusunya yang anehnya ini belum sekalipun menyebabkan Sophat terkena apa apa penyakit.- Reuters


Kisah 2:

SEORANG IBU SANGGUP MENYUSUI ANAK LEMBU

Couthi Bai seorang wanita yang tinggal di desa Kilchu India dengan penuh kerelaan dan kasih sayang menyusui anak lembu yang menjadi yatim setelah ibunya mati. Memang di India yang majoriti menganut agama Hindu, lembu mendapat tempat yang istimewa, sehingga Bai sangat menyayangi haiwan ini.


Bayangkan saja berapa banyak bayi bayi lahir tidak mendapat susu dari si ibu, padahal susu ibu merupakan gizi dan makanan terbaik bagi bayi. Justeru mereka menggantikan Air Susu Ibu dengan Susu FormuLa yang diperbuat dari pemprosesan susu lembu. Tapi kini yang terjadi adalah sebalikanya, manusia menyusui lembu.
 




Nota dijari (sekadar renungan utk dikongsi bersama):

Allah SWT banyak berbicara keutamaan susu ibu di dalam Al – Quran cuma kekadang kita lalai untuk ambil perhatian  “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” (surah Al-Baqarah, ayat 233) tetapi seandainya ibu mempunyai masalah maka Allah SWT berkata “Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Surah Al-Baqarah, ayat 233) dan Allah SWT memberi jalan kepada yang tidak mampu menyusukan anak ” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” (Surah At-thalaq, ayat 6).


Wednesday, September 14, 2011

saya nak update macam-macam cerita, tp semacam takde masa je..

wahh..title post dah macam kaksarah jugak..panjang berjela.
saya hanya type apa yang terlintas je kt minda saat ini sementara tgh break lunch hour ni.

sebelum itu, SELAMAT HARI RAYA 'AIDILFITRI buat teman-teman, sahabat-sahabat dan all readers yg singgah ke blog saya.
bizi.
ye..saya sangat bizi dgn kerja yang tak pernah habis sejak blk dr cuti raya. komitment tugas yg dilambakkan di opis membuatkan mood saya utk meng update blog yg tak seberapa gah ni asik tergendala. nk update kat umah..alahaii..kena tunggu jam 1, 2 pagi la nmpk nya selepas askar-askar kenit saya tido. masa yg ada di rumah perlu diguna sebaik mungkin utk hero dan heroin saya..

cerita raya saya rasanya boleh dikatakan sama je dgn org lain. raya tahun ni happy and sangat bermakna sebab dapat beraya bersama husband and anak-anak yang sedang membesar.lebih happy bila saya dpt celebrate 1st raya bersama both famili,family mertua and family saya pd sebelah malam nya.

Mufazzal sgt la ensem mcm abahnya in wearing baju melayu lengkap bersampin+songkok and Wafiyya comell la tersangat in baju kurung cotton sedondon dgn umminya..tak caya ce tengok gambar ni..hihihi ;)


Mufazzal& Wafiyya beraya di Taiping bersama sepupu mereka, Raihanah& Raudhah...


* baru perasan rupanya gambar raya husband saya takde dlm simpanan phone saya. sorry ye yang..
**tapi memang la tersangat ralatnye sebab tak sempat nk bergambar bersama in baju raya sedondon tahun ni. takpela..nnt kita tunggu raya haji atau bila-bila ada ms terluang utk bergambar bersama eh..

Tuesday, August 9, 2011

Alaaaa.....Yeayyy!!

Alaaaa....

Tak jadik blk la pulakk............
Encik Ahmad Azwad, suami tersayang saya tak jadik blk KL la pulak. patutnya encik suami akn berkursus 2 hari di Kinrara esok, 10 Aug. Kemain eksaited nya saya bila dpt tau laswik, langsung terus dikhabarkan kpd anak² dan famili. Dapat jugak berpuasa bersama harapnya. Tp semalam encik suami kol bg tau tak jd attend that course. sedey nye. Mufazzal Syahmi dh eksaited tunggu abahnya blk. Ummi nya dok ajar "abg tido lg 3x abah blk..."
alahai..kesian anak ini. takpe la..nnt akan diberitahu dan dipujuk secara pelan-pelan..

Yeayy..!!
Orang-orang gomen akan dpt rezki lebih utk raya ni..setengah bln gaji spt yg dikhabarkan.
So, buat encik suami tersayang saya yang sangat saya rindui...

" Yang...25% yerr.."

Wednesday, August 3, 2011

Apabila emosi dan konflik jiwa tersentuh

memang betul rasanya kata-kata yg seringkali kita dgr pedihnya hati bagai ditusuk sembilu. tambah pedih bila ianya disebabkan oleh insan yg paling dekat dgn kita...

keadaan agak berserabut, konflik pada emosi untuk seminggu dua ini..
  • Tekanan+tanggungjawab di tempat kerja semakin bertambah. Sesuatu telah terjadi di luar jangkaan. mungkin ini adalah ujian& pengajaran untuk saya supaya lebih berhati², dan peka dgn tanggungjawab yang diamanahkan. semoga kesilapan itu tak berulang lagi. Komitmen! ya..to do well and achieve the best results.
  • Tekanan utk menjaga& mendidik anak-anak yg semakin membesar juga semakin menduga kesabaran diri. tambahan dengan kelasakan hero kecik itu yg semakin aktif dan banyak pe'el nya. memang betul² menduga saya sehingga kadangkala hilang rasa sabar bila akal yang waras ini tak dapat mengawal diri. akhirnya anak yang menjadi mangsa kemarahan saya. kesian dia..ummi mintak maaf, ummi tak mampu lagi menjadi ummi yg baik buat kalian.
  • keadaan kesihatan An-Nur Wafiyya juga kurang baik untuk minggu ni. demam..mungkin disebabkan dua lagi gigi di atas yang baru menunjukkan wajahnya. dan mungkin juga badannya terkejut disebabkan terjatuh dari sofa kelmarin, akibat kelalaian saya..
  • tekanan dan emosi yang lain...hanya DIA yang Maha Mengetahui..
semoga Ramadhan kali ini dapat memberi Nur dan Rahmat kepada saya menjadi insan baru untuk ke arah yang lebih baik dan diberkati serta lebih sabar..insya Allah..~

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Marhabban Ya Ramadhan..
Semoga kita semua memperoleh keberkatan drp-Nya di bulan yang mulia ini..
Sempena berada di bulan yg mulia ini, marilah kita bersama-sama muhasabah diri, kenang² kembali dan sedar akan kesilapan kita sesama insan dan kesalahan kita dgn Yang Maha Pencipta agar kita lebih menghargai+ bersyukur kehidupan ini dan kasih sayang yg Maha Esa kpd kita sebagai makhluknya.
Dan moganya kita semua saling memaafkan pada sebarang kesalahan, saling mengingatkan serta berbuat baik sesama insan.. ;)
  • no complains
  • no blame
  • no excuse
  • no gossip
nota dijari: semoga saya dpt terus bertahan+bersabar dgn dugaan menyusu, mengepam di opis biarpun saya sudah tahu kesannya. i'm ready!

Friday, July 22, 2011

Cinta dulu dan kini..

best pulak rasanya bila 2,3,4 kali saya dgr lagu ni. santai dan bersahaja..
Muda lagi budaknya..aritu saya tgk dia perform live kt Wanita Hari Ini. kiut2 je dia nyanyi..hehe..

to Adik Imratul Najwa Latif,
semoga terus succes dlm menghasilkan karya yg kreatif. tp yg penting jgn abaikan pelajaran ye..~

Najwa latifCinta Muka Buku

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku

nota dijari:

bila dok layan lagu ni, teringat pulak le zaman cintan cintun saya bersama dgn En Azwad. tp ms tu mane ade fesbuk lagi. so, En Azwad ngayat saya through telefon je..dok sakan ayat mengayat masa tu, smp tertido pn ade tgh dok bergayut tu, hihi..;)

ape² pn to suami tersayang saya, En Ahmad Azwad, I MISS U dear..~