Tuesday, October 18, 2011

Jika Isteri Menangis Dihadapanmu

Salam bersiaran semua...
saya just nk berkongsi sesama kita....saya jumpa article ni dr fesbuk suami saya, walaupun rasa² nya suami saya tak dan nk baca post ni di fesbuknya. so to En Ahmad Azwad Ahmad Azali..this entry I dedicated to you..;)
**********************************



Jika Isteri Menangis Dihadapanmu


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, 
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, 
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
hanya jika dia sangat menyayangimu.Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaumku bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, 
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, 
jika seorang isteri menangis keranamu, 
tolong jangan menyia-nyiakannya. 
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. 
Lihatlah jauh kedalam matanya. 
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? 

”Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. 
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. 
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

3 hari 2 mlm di An-Nur, Bangi

3-5 October yg lepas, lil' princess An-Nur Wafiyya admitted due to chronic cough and recurrent wheezing.

Alhamdu lillah, Wafiyya cepat recover and respond amat positif after taking  the neb and physio session. Mujurla tak kena sedut, kalo tak berhujan la ummi nye kt hospital. lg pulak ni 1st experience saya, bila mana famili t'dekat yg warded. tambah pulak..anak pulak yg warded kn..mujur juga Wafiyya tak berapa kritikal sgt conditionnya ms mula-mula admit. masih menten aktif, dok berjalan je dkt ward and selera makan maintain. kalo tak, doc dh nk drip ayaq masuk..so, 3 hari di hospital tu more to her stabilization. cuma kesiannya, selang 4-6 jam dia perlu amik neb..

nota dijari: 
minggu ini, Wafiyya demam pula...sudah masuk hari ke-3. kalau tak nampak perubahan juga esok, nampaknya berjumpa lg la kita dgn Dr Arba'iyah..
semoga cepat sembuh my lil' princess. Doa ummi sentiasa yg terbaik untukmu..Ummi tahu adik seorang kuat semangat, sama mcm abg Mufazzal..


Wednesday, October 12, 2011

hari ini saya ke ofis...

hari ini saya 'half day' kerja..
pagi ini saya perlu membawa Wafiyya utk 'follow up' chex up dgn Dr Arbai'yah di Bdr Br Bangi.
Alhamdu Lillah..kesihatan Wafiyya semakin baik. tak perlu lagi makan ubat, tak perlu lg amik ventolin puff..
Wafiiya seperti biasa, mmg seronok le dpt main kt klinik td, smp doc and nurse² kt situ pn dh aim dia as gegirl yg paling aktiv n lasak..haishh..mengah jugak ummi nya nk menengok n mengejar dia main kt sn. tu kalau ade Mufazzal lg la..semputttttt...~

Lps selesai chex up, saya settlekan pulak psl nk claim insurans Wafiyya dr pr*den***l. adess..mmg leceh sungguh. bila nk bayaq kt derang tiap² bln, senang je..bila kita nk claim, mak aihh..dgn medical report dr doc n hospital la..itu ini sebagainya. utk medical report je dh melayang RM 100..nasib badan. janji claim ttp claim!

lps setel smua urusan di Bangi, saya pulang semula utk menghantar Wafiyya ke rumah pengasuh dan singgah rumah kejap taruk barang, amik barang nk p opis pulak bagai..then, tru ke opis di Kelana Jaya. penat..ngantuk segala bagai..rs mcm malas nk p keje pn ada td. tp digagahkan jua...

dan akibat kelam kabut + penat + ngantok nk p keje td...dh suku perjalanan barula saya perasan kan ini...
apo nk dikato...gi jo la kojo dgn berselipar koboi je..(dh le selipar pinjam lak tu..layankan aje)

Friday, September 30, 2011

Wafiyya in action

Lil' princess An-Nur Wafiyya nak jugak melawa, melaram...
tgk saja ini.....
dan ini............

Wednesday, September 28, 2011

Biler lagi..?

Mufazzal, Wafiyya dan Ummi sudah rindu sangat sama abah.... 


biler lagi abah nak balik yer...?

*pic taken on 11 Sep 2011- ms abah berlepas blk ke Labuan..

Friday, September 23, 2011

indahnya saat² bersama suami& anak-anak

saya rindukan suami saya..
saya pasti Mufazzal dan Wafiyya juga rindukan abah mereka..
even setiap hari kami ber 3G, tp itu tidak cukup, uwaaaa..~
dan saya rindukan saat² seperti ini......


*mugkin saya agak stress minggu ini dgn lambakan kerja di opis dan risau memikirkan keadaan kesihatan Mufazzal dan Wafiyya yg kurang baik sejak kebelakangan ini. Batuk mereka masih tidak sembuh sejak 2-3 minggu lamanya. Esok harus saya bawa mereka berjumpa paed! 

Thursday, September 15, 2011

Nilai Susu Ibu

saya dapat cerita ini semalam.., melalui emel dr seorang rakan opis..
sedikit sebanyak naluri keibuan saya tersentuh dgn 2 kisah di bawah..

Alhamdu Lillah..saya masih dimurahkan rezeki dr-Nya untuk terus menyusukan my lil' angel, An-Nur Wafiyya sehingga kini diusianya 1 tahun 3 bulan.. :)



Kisah 1: 

DITINGGAL IBUNYA, THA SOPHAT MENYUSU LANGSUNG DARI LEMBU

Pemandangan menyedihkan ini terjadi di Kemboja. Dimana seorang anak kecil yang bernama Tha Sophat yang berusia 18 bulan terpaksa menyusu terus dari seekor lembu,sejak ibunya keluar mencari pekerjaan kerana keadaan hidup yang tidak punya apa apa setelah badai melanda negeri tersebut.
Datuk Tha Sophat yang kini menjaganya mendedahkan bahawa cucunya melakukan hal ini sejak Julai lalu, ketika orang tuanya meninggalkan Kemboja untuk mencari nafkah ke Thailand.Menurut Um Oeung (46), cucunya Sophat mendadak sakit ketika berhenti menyusu dari ibunya, dan ketika budak tersebut melihat seekor lembu menyusu pada ibunya, Dia mulai melakukan hal yang sama, yakni menyusu langsung dari induk lembu setiap hari.
Oeung pernah cuba menghalang cucunya menyusu dari lembu tersebut, namun itu membuat Sophat menangis dan membuat datuk yang sangat menyayangi Sophat tak berdaya sehingga terpaksa membiarkannya.Tetangga serta pegawai tempatan di desa Pheas di wilayah Siem Reap (sekitar 195 kilometer dari ibu kota Phnom Penh) mengatakan mereka tidak berkenan mengenai cara Oeung merawat cucunya tersebut.
“Mereka terus menyalahkan saya, dan memaksa saya untuk tidak membiarkan Sophat menyusu dari lembu lagi. Kerana mereka mengatakan bahawa anak itu akan merasa malu ketika dia besar dan nanti akan menjadi nakal, “katanya sambil menambah bahawa saat ini dia telah menghadkan Sophat menyusui, yakni satu kali saja setiap hari.
Walaupun begitu, Um Oeung menjelaskan bahawa cucunya dalam keadaan sihat dan kuat, bahkan kebiasaan menyusunya yang anehnya ini belum sekalipun menyebabkan Sophat terkena apa apa penyakit.- Reuters


Kisah 2:

SEORANG IBU SANGGUP MENYUSUI ANAK LEMBU

Couthi Bai seorang wanita yang tinggal di desa Kilchu India dengan penuh kerelaan dan kasih sayang menyusui anak lembu yang menjadi yatim setelah ibunya mati. Memang di India yang majoriti menganut agama Hindu, lembu mendapat tempat yang istimewa, sehingga Bai sangat menyayangi haiwan ini.


Bayangkan saja berapa banyak bayi bayi lahir tidak mendapat susu dari si ibu, padahal susu ibu merupakan gizi dan makanan terbaik bagi bayi. Justeru mereka menggantikan Air Susu Ibu dengan Susu FormuLa yang diperbuat dari pemprosesan susu lembu. Tapi kini yang terjadi adalah sebalikanya, manusia menyusui lembu.
 




Nota dijari (sekadar renungan utk dikongsi bersama):

Allah SWT banyak berbicara keutamaan susu ibu di dalam Al – Quran cuma kekadang kita lalai untuk ambil perhatian  “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” (surah Al-Baqarah, ayat 233) tetapi seandainya ibu mempunyai masalah maka Allah SWT berkata “Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Surah Al-Baqarah, ayat 233) dan Allah SWT memberi jalan kepada yang tidak mampu menyusukan anak ” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” (Surah At-thalaq, ayat 6).