Tuesday, April 6, 2010

SAYA ADALAH SWEET BONDA KERANA....


SAYA SANGAT SANGAT TERUJA UTK JOIN CONTEST INI!!

1st of all a BIG CONGRATS to kak lin chalo
Okay, cara nak dapat hadiah2 menarik yang pasti membuatkan anda tertarik adalah teramat senang..
Caranya? Okay.. sila baca satu persatu ya..

1. Sila pandang ke sebelah kanan anda.. Atas sikit.. Okay.. Nampak tak itu
banner SweetBonda.Com? Hehe.. Dengan 'copy & paste' banner tersebut di blog anda yang comel itu.. (dan biarkan ia di situ selama2nya..)

2. Silalah menjadi
'Follower' SweetBonda.Com yang terhormat..

3. Anda hendaklah membuat satu
entri di blog anda tentang.. "Saya adalah Sweet Bonda kerana..."(buat yang dah berkahwin dan mempunyai anak) ataupun "Saya akan menjadi Sweet Bonda kerana..."(bagi yang baru/sudah berkahwin tetapi belum lagi mempunyai anak ataupun si anak dara.. *hehe*)
-Sila jadikan post anda ini
'sticky post ' di blog anda sehingga 5hb Mei 2010 ya..

4. Pastu tinggalkan mesej anda di
ruangan komen di bawah entri (Nama, link blog anda, dan entri seperti yg di no. 3 tadi tu ye..)

5.
Emel juga di sweet.bonda@yahoo.com semua yang diminta di no.4

6. Selepas tu anda boleh teruskan kehidupan rutin anda dengan tenang dan gembira dan menanti
keputusan contest ini pada 8hb Mei 2010..
(Contest ini akan berakhir pada pukul12mlm 5hb Mei 2010)

7. Oh ya! Hampir terlupa... pemenang akan dipilih berdasarkan entri yang dirasakan paling
menarik, kreatif, dan mencuit perasaan ya.. (dan yang mengikut semua syarat2 di atas dengan ikhlas dan tawaduk.. *huhu*) Judgesnya adalah rahsia.. but still terdiri daripada ibu2 yang mempunyai hati yang penuh dengan kasih dan sayang..

ok..inilah luahan hati saya Sweet Bonda kpd Muhammad Mufazzal Syahmi bin Ahmad Azwad ;

"Saya adalah Sweet Bonda kerana...saya bakal menjadi bonda kpd seorang puteri yg bakal lahir pada awal bulan Julai ini, insya Allah..Alhamdu lillah, selama 2 tahun menjadi bonda kpd hero tunggal saya Muhammad Mufazzal Syahmi, pelbagai pengalaman dan kenangan manis juga pahit telah saya tempuhi. Pengalaman2 ini mengajar saya erti kasih sayang, amanah dan rasa penuh tanggung jawab di dalam memikul amanah yg amat bernilai ini dari yg Maha Esa.

Membesarkan hero tunggal saya Mufazzal penuh dengan pelbagai dugaan bila mana saya terpaksa berjauhan dari keluarga kerana mengikut suami bertugas di Labuan. Permulaan hidup bersama suami untuk bersama-sama membesarkan dan mendidik 'anugerah terindah ini' di awal usia 4 bulan mengajar saya erti kesabaran dalam penempuh pelbagai dugaan dan cabaran sebagai bonda di usia muda. Dugaan yang terbesar dirasakan apabila saya tidak dapat lagi menyusukan Mufazzal di usia 7bln (kerana susu telah kering ketika Ramadhan 2008). Ini kerana selama menyusukan Mufazzal, hero tunggal saya ini tidak dapat menyusu secara 'direct' (saya terpaksa perah susu tiap kali masa menyusu). Dan sejak Mufazzal meneruskan penyusuannya menggunakan susu formula, kesihatannya setiap bulan pasti tak menentu. Disinilah bermulanya dugaan yg paling mencabar tiap kali Mufazzal sakit. Dan sejak itu hingga kini, saya dh bertekad dan berjanji, sekiranya saya diberi rezeki untuk mendapat cahaya mata lagi, saya akan usaha utk susukan bayi saya selama mana yg boleh diizinkan-Nya.

Hingga kini, saya diuji lagi apabila ketika Mufazzal berusia 1 tahun 3 bln, saya mendapat rezeki untuk bekerja semula, tapi saya terpaksa pulang ke K.Lumpur kerana perjawatannya di Kelana Jaya. Saya terpaksa berjauhan sementara dgn suami dan Mufazzal pula terpaksa membesar jauh dari pandangan mata abahnya.Tambahan pula kini saya sedang mengandung 7 bulan.Hanya dua bulan atau tiga bulan sekali kami dapat bertemu. Dugaan ini memang mencabar, namun saya dan suami menempuh segalanya dgn sabar+tabah kerana kami yakin setiap yg susah itu pasti ada senangnya di kemudian hari dan setiap yg pahit+perit itu pasti ada manisnya menanti..

Semoga ada rezeki saya untuk bertukar kerja di Labuan, kembali hidup bersama suami untuk bersama-sama membesarkan dan mendidik permata hati kami dengan penuh kasih sayang dan kemanisan hidup berkeluarga, insya Allah.... :) "

2 comments:

Unknown said...

Hi dear.. thanks coz join contest ni ye.. sweet story :D wish u all the best!!

angah`izza said...

kak lin: tq byk2 krn sudi menerjah ke entry saya =) moga2 ade rezki utk menang nnt, heheee..wlpn saya dh join skim kutu medela tu..