Sunday, June 28, 2009

selepas 2 minggu bercuti

baru berkesempatan utk aku update blog setelah lebih 2minggu berehat dr memblog.huhu..lg pn aku rasa lebih penting+selesa untuk aku spend sepenuh masa dengan hubby aku yg pulang bercuti selama 12 hari.

cuti sekolah yg lepas aku& family sempat berholiday ke Cameron Hinghland selama 3D 2N bersama family nan(mak sedara aku). enjoy jugak cuma mlm di Cameron suhu agak sejuk.dh lm aku tak rs sesejuk camtu, huhu..~


hubby aku smp dr Labuan 16/6/2009 yg lepas. happy+bahagia sangat rasanya, hehe..yela..2 bulan berjauhan beb..~ kami sempat blk ke Taiping 5 hari. sempat ler jalan2 pusing Taiping n mandi2 di Laketown Bukit Merah.(gmbr2 di Laketown akn di upload later yer..)

aku dan hubby sempat juga melawat YM Guru Utama di rumahnya di BM. alhamdu lillah.., ustaz semakin sehat biarpun tidak sepenuhnya. sempat la dok sembang2 dengan maktam dan ustaz.

aku juga sempat melawat jiran lama di Butterworth.best dpt spend time dgn kak syikin n anak2. TQ kaksyikin bg baju kurung yg sangat cantik!

hari ini..28 Jun 2009
pagi ini...jam 7.50 am
hubby aku dah balik ke Labuan untuk tanggungjawab dan tugas kepada negara...
rasa sunyi blk life aku dan Mufazzal...=(

WE'RE GONNA MISS YOU ABAH!

Monday, June 8, 2009

I'm employed!

Alhamdu Lillah...

Saya dapat keje!
Saya dapat keje dgn TM
Saya akan bekerja under projek HSBB(High Speed Broadband) as a Technical Executive
Syukur pada-Nya, ade jugak rezeki lebih untuk anak,suami dan famili saya selepas ini...

* 1 Julai 2009 ni saya perlu menghadiri kursus induksi di Terengganu selama 3 minggu. adess..lama la pulak nak kena berjauhan dengan Mufazzal Syahmi.kesian anak ummi nanti..=/ 

Tuesday, June 2, 2009

My Son-shine

Muhammad Mufazzal Syahmi...
Semakin banyak ragam, banyak akal, banyak keletah..
U make our family a perfect combo!




Joy, sunshine & rainbows
are all wished for you...
So glad to have a 
SON like YOU~

Dua minggu yang lepas


22 Mei yg lepas, aku sempat bertemu yana,liya n sha di Sogo. ni pn kira lasminit plan. hepi tol bile dpt jmp derang. cuma sarah je yg takde disebabkan keadaan sarah yang sedang menanti hari untuk menyambut kehadiran 'orang baru'. mmm...yana dan liya pn bakal menjadi mama beberapa bulan lagi.

masa aku sampai di Sogo, yana dan sha dh sedia menunggu.aku dan le beli kek coklat untuk celebrate berthday mama yana. yana dan liya ditemani hubby masing-masing shidi dan meor, manakala sha datang solo sama saperti aku. mulanya aku plan nak bawa hero aku yang semakin montel tu, tapi mengenangkan lokasi yang agak crowded,d
itambah pula kelasakan+ke hero an dia, terpaksa la tinggalkan dia bersama ma'wan&atok nya (ikut gi jalan ke Taman Orkid).

after sembang-sembang,gossip-gossip, makan-makan,ambik2  gambar; aku dan cousinku, kakyong p shopping baju untuk heroku (kebetulan ade children fair kt Sogo). memang rambang mata beb! geram je tengok pakaian budak-budak yang macam-macam fesyen.sale sehingga 80%. saper tak bernafsu tengok.huhu..kalo le wallet aku tebal  masa tu..~mmm!

Tuesday, May 26, 2009

Saat ini

terkejut..
terkesima..
termangu aku seketika 
pabila mendapat khabar berita 
insan yang aku hormati, aku kasih, insan yang aku rindu 
setelah sekian lama tidak menatap wajah yang senantiasa bersih dan tenang itu kini uzur..

sedih, hampa, kesal... 
kerana aku masih belum berpeluang untuk menziarahinya
menatap wajah yang sekian lama aku rindu itu..
mencium tangan nya memohon ampun dan restu seperti mana yang selama ini mampu aku lakukan..

hanya doa yang mampu aku hadiahkan kepadanya moga Allah memberkatinya, melindunginya dari segala kesusahan,keburukan dan kecelakaan. 

moga aku diberi peluang untuk bertemu dengan nya...,insya Allah

Semoga dirinya senantiasa sihat dan selamat di bawah lindungan Allah S.W.T

Monday, May 25, 2009

Anniversary

Arini genap ulang tahun perkahwinan aku yg kedua bersama suami yg tercinta. Sudah 2 tahun berturut-turut kami celebrate annversary berjauhan.sedih? mmg sedih...last year, sbb aku masih di sini di rumah mama, hubby aku di Labuan sebab ms tu dia br ditukarkan ke sana.This year, sebab aku balik holiday dan kebetulan menunggu surat tawaran panggilan interview dr T*lek*m M'sia.

Mungkin ni ujian dari-Nya untuk lebih menyatukan hati kami. Syukur aku pd-Mu Tuhan, hubungan ini masih lagi kekal bahagia dengan penuh kasih sayang tanpa ade rasa sedikit pun perasaan kecil hati atau curiga di antara kami. Hanya Dia yang Maha Mengetahui betapa kasih+sayang nya aku pd Ahmad Azwad yang sentiasa bertakhta di hati ini..

Moga hubungan kasih sayang antara kami berkekalan ke akhir hayat di samping si comel Mufazzal yg semakin banyak ragam dan keletahnya, insya Allah...

utk abg, i love u so much. tiada ape yang mampu ayg beri selain rasa kasih, sayang,cinta dan hormat sepenuh hati ayang untuk abg..i'm alwayz by ur side dear
i love U more than u know~


*huu..sempat le spend time bersama kat ym.dapat gak le tatap wajah suami kesayangan via webcam. ummi& mufazzal rinduuuu kt abah...~

Saturday, May 16, 2009

Sedikit Update

Agak lama aku tak update blog ni..huhu..bukan ape pun sebenarnye,masa ade tp cam malas+takde mood nk update blog aku.tambahan pula blog aku ni still under construction setelah aku menjahanamkan blog aku ni(ter downgrade setting).kunun2 nye nk tukar theme,ntah ape jd abis ilang sgale link blog kwn2, fav web, chatting box dan segale mcm lg(nyampahh~).mujur ler ade pn yana,eheks...yg rajin membetulkan blk setting blog aku.tq yana!

so ni sedikit update yg bole aku share bersama..

2 MEI-9 MEI 2009

aku blk bercuti, melepak di rumah mertuaku di taiping.mak& ayah dh rindu&asyik tanya je cucu kesayangan derang.erm..hero ummi..bertambah lemak manje yer sepanjang sminggu dok kt umah opah+tokwan.

10 MEI 2009

HAPPY MOTHER'S DAY to mama,ummi nan,mama yien&mak


TO MAMA,
i love u so very much!
thank you for being  the greatest mama~

14 MEI 2009
pg ni aku gi mencubakan diri utk hadir ke walk-in interview di SMK Presint 18, Putrajaya bagi kekosongan jawatan Pegawai Tadbir(kontrak) di Kementerian Pelajaran Malaysia. mulanya aku nk gi awal pagi dgn kak shida(biras aku), tapi terpaksa cancel lasminit sebab aku takde gambar pasport yang terbaru(yang sememangnya wajib dibawa semasa interview). sudahnya aku sampai agak lewat di pusat temuduga lebih kurang jam 10.15pagi. dari jauh aku dh nampak punya la bayak kereta di sepanjang jalan ke SMK Presint 18.sampai2 je kt sana, mak aih!! punya la ramai calon1aku rs lebih dr penonton konsert AF.huhuu....sebabnya calon-calon ni terdiri daripada calon berijazah,diploma&SPM.

aku pun terpaksa la beratur untuk mendaftarkan diri.punyala panjang beratur..sampai kt meja pendaftaran dh jam 12.45 tgh hari.bayangkan lama mana aku beratur.lenguh kaki,peluh toksah cakap la..mmmm,rupanya memang ramai sungguh pengaanggur di Malaysia ni.

aku terpaksa la beratur bersama-sama dgn mereka yg turut mahu mencuba nasib sejak jam 10.30 untuk sessi pendaftaran. akhirnya aku sampai jugak di meja pendaftaran setelah penat beratur 2jam lamanya.fuhhh...berpeluh+lenguh gak kaki den dibuatnya~

permohonan aku diletakkan di bahagian kewangan. so, lebih kurang jam 3.30 ptg, barulah aku masuk ke bilik temuduga. aku bersama 5 orang lagi calon ditemuduga serentak oleh 2 orang pegawai, yang mana kedua-duanya adalah wanita. biasela..untuk permulaan, kami perlu memperkenalkan diri dalam bahasa inggeris. slps tu, setiap kami diajukan soalan berkenaan bantuan pendidikan yg diberi oleh kerajaan.Alhamdu lillah...aku berjaya menjawab semua soalan dengan baik.harap2 ade la rezeki aku nanti, Insya Allah...~