Monday, August 27, 2012

'Aidilfitri penuh nostalgia..Srikandi kami punya hal lagi

Seperti yg dikhabarkan, 'Aidilfitri untuk kami sekeluarga thn kami sambut secara sederhana sehaja; tidak lah semeriah atau segembira tahun-tahun yg lepas kerana thn ni saya dan anak-anak beraya tanpa abah mereka disisi kerana abah mereka berkursus di Montreal, Canada.

Namun tahun ni turut terpalit nostalgia yang tak mungkin saya dan keluarga lupakan. :(

Kisah terjadi di hari raya ke-3, (kalau ikutkan dh raya ke-4 sbb jam dh lbh kurang 12.45mlm). Mlm itu saya dan anak-anak berserta mak& pak mertua baru pulang dr beraya di Butterworth, melawat jiran lama semasa saya dan suami menetap di sn pd thn 2007-2008.
2 anak ini memang tak kenal erti mengantuk sbb derang dh buat bekal dlm kereta on the way blk dr Penang. Car toys di atas import from Butterworth, jiran saya bagi pd Wafiyya sebab Wafiyya dok sakan main kt sn sampai takmau blk..

Apa yang terjadi selepasnya..sewaktu saya ke toilet sekejapan utk bersiram..
Oh My Baby!
she fell from the car toys and hit a chair (terkena sagi kerusi di rumah mertua saya). Ketika incident tu Wafiyya with her opah and abg Mufazzal. Tokwan nya ada di dapur (kalo tak silap)

Panic nya ummi? toksah kira..
Air mata ummi? lagi tak terkira...
Tapi selepas tu saya boleh cool down and relax sbb saya tgk Wafiyya pn relax, tak nangis pn (dia nangis sekejap je ms mula-mula jatuh). Once the bleeding stopped, mak mertua saya called adiknya(pakcik saya) utk bw Wafiyya ke hospital.

Di hospital....
(setelah di reject oleh Taiping Medical Center disebabkan tiada pakar tgh mlm tu, kami terpaksa pulun ke Columbia Asia Taiping)
  • Rambut digunting, kemudia dicukur..
  • Doc on shift tak boleh nk proceed dgn treatment sbb luka agak dalam takut ade kompliksi lain terjadi nnt
  • Need to call Paed sbb Wafiyya br 2yrs..
  • Tunggu-tunggu Paed, skali Surgeon yang datang utk take over case
  • Proceed dgn Xray. Alhamdu Lillah..the injury was not too serious& tiada apa2 tanda yg tak diingini kelihatan
  • Ready to get in to OT room utk process menjahit.
  • Saya mintak Wafiyya dibiuskan separuh sahaja, which means dia akan terasa sakit semasa proses jahit menjahit. Doc ade bg pilihan either nk bius separuh or bius sepenuhnya (bagi dia tido) tp perlu tunggu 6 jam berikutnya sblum proses menjahit. Tak gamak pula rasanya utk dibius sepenuhnya, saya pk kn kesan jangka ms pjg and tindak balas badan utk baby yg br 2yrs..
my Cekmon- she's so cool. semacam tiada apa yg berlaku

  • Selesai proses jahit-menjahit..
  • Selesai juga la tangis lalak jerit Wafiyya& ummi nya yg menemani Wafiyya di OT room (seriuss..saya harap saya takkan lalui lg saat2 spt tu..)
  • She got 3 stitches..

Esoknya tgh hari (Khamis, 4 Syawal) Wafiyya dh boleh discharge..
Nah..Dapat 'klip rambut' special dr hospital

Dan dia..my baby Wafiyya sememangnya cool dan berjiwa kental!
Pesan dan harapan ummi buat Wafiyya& Mufazzal...
Harapnya jangan diulang lagi ye nak..baik Mufazzal mahu pn Wafiyya
Haishh..sesak napas& migrain berkati-kati ummi dibuatnya..
Dahla abah korang jauh sekarang ni...:(

Semoga Mufazzal & Wafiyya sentiasa sihat dan selamat di bwh lindungan kasih sayang-Nya


Friday, August 17, 2012

Salam 'Aidilfitri

Ramadhan yang penuh keberkatan bakal berakhir..
Semoga kita semua dapat merasai nikmat Ramadhan pada tahun ini dan moga kita akan dipertemukan lagi dengan yang seterusnya, Insya Allah.. 

Buat semua sahabat..
SALAM 'AIDILFITRI
Saya dan keluarga memohon beribu kemaafan di atas segala salah dan silap kami pada semua..
Moga berbahagia dan bergembira di Syawal yang mulia ini



Taqabbalullahu minna waminkum..(semoga Allah menerima amalan kami dan amalan anda semua)

 

Tuesday, August 14, 2012

2 Kalimah, Ringan di bibir, Berat Pahala, ALLAH suka

Saya baru balik mendengar Ceramah Perdana oleh Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus yang bertajuk; 
'Antara Mengejar Lailatul Qadar & 'Aidilfitri'

Saya ingin berkongsi amalan yang boleh kita amalkan selalu, setiap masa yang terluang;

*sumber: En. Google


Monday, August 13, 2012

Berpavlova Lagi kiter ye..

Saya tidak pernah kenal erti putus asa...
Maka, saya mencuba untu kedua kalinya dan saya berjaya..(walaupun ade lg kelemahan tersembunyik di sebalik maringue yg dibakar, muahaha)
Rasa nya lebih sedap dr yang sebelumnya..(rasanya la kot@ saya yg syok sdn?)
Dan kali ini..pavlova saya 2 layers.
Buah anggur hitam takde..so saya main bubuh je limau sunkist yg mama saya beli.. :)

saya masuk kn siap-siap dan mekap pavlova saya dlm tupperware sbb nk tapau buat berbuka puasa di rumah paksu saya


Friday, August 10, 2012

Ternyata Jarak Pemisah bukan alasannya..Tuhan Jagakan dia

Sudah seminggu husband saya menjalani kehidupan dan ibadah puasa di Montreal. Maka, seminggu jualah kami berjauhan beribu batu jauhnya..yang mana berbeza masa 12 jam jua kiranya..

Alhamdu Lillah..selama seminggu ini husband saya setiap hari menghubungi kami, bertanya khabar saya dan anak2 sama ada via phone call, WhatsApp malah jua vcall @ Tango.

Maka terubat jua rindu kami semua pada Abah...:)

Buat Abah.. (harpnya jangan jemu dengan pesanan ini, hikhik)
Jaga diri baik-baik..
Jaga makan minum baik-baik
Semoga berjaya dlm perjuanganmu
Semoga memperoleh rezeki& ilmu yg barakah
Kami di sini sentiasa mendoakan abah di sana, Insya Allah....:)

p/s: berkawan baik dgn Ustaz Mohaimin tu tau..grab and share sebanyak boleh ilmu yg dia ada

***************
Tuhan Jagakan Dia
Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
******************
Lagu: Tuhan Jagakan Dia, by Motif Band



Monday, August 6, 2012

Abang Mufazzal & Adik Wafiyya

Cubaan Pertama Mufazzal bersembahyang sendirian..
video

Adik Wafiyya turn to a lady..wewitt!
video







Semoga Beroleh Ilmu Yang Bermanfaat..Saya bersyukur& gembira, namun saya juga sedih

To My Dearest Hubby,

Fly in the Plane of Aim & Land in the Airport of Success…
May all your dreams and aspirations come true for you..
I wish Allah de Almighty bless u and may fulfill all your wishes..
When my hands can’t reach SPECIAL people like you, I touch them with my do'a..
My blessings are always there… for a special hubby as you!

*3 Aug 2012,  11.59pm...~Bon Voyage Abah..
-depart to Montreal for a long-term English Language Courses@ Canadian Forces Language School



Wednesday, August 1, 2012

Mari Berpavlova

Punya la lama nak cari masa yang sesuai untuk mencuba resipi yg kunun2 nya glamer since hujung tahun lepas..(eh ye ke?)

Maka semalam pulang dr opis, saya terus ke dapur utk percubaan kali pertama berpavlova..
tenkiu kepada 2 hero saya yg sudi membantu, i love u lah! 

hasil deko yang tak seberapa.. 


sebenarnya percubaan pertama ini tidak berjaya sangat pun sbb base nya agak hangit (bukan agak, memang hangit) huhu...tp sedap gak. rasanya kalo tak hangit musti laagi sedap ;)

pak mertua saya siap mkn bertambah lg.., 2x round, kira ok la kot...dan yang pasti bintang kecil saya yg berdua tu pn suka...:)

so, nanti boleh buat lagi!