Thursday, November 26, 2009

life-kerjaya-kesihatan-Mufazzal

sebelum ni tiap kali nk mula menaip/meng update di blog, mula la tetiba rasa kekeringan idea.mungkin keadaan, masa dan DIA sendiri tidak mengizinkan aku utk meluahkan idea atau ape saja yg ingin aku kongsikan di blog ini. bukan ape, banyak kerja yg perlu diselesaikan, perlu menepati dateline yg diberi. sungguh sibuk sejak bergelar pekerja TM ni. tambahan pula bidang tugas aku di unit yang sememangnya sibuk setiap hari untuk melancarkan proses order, pembayaran dan segala bagai lg..yeahh..sedikit update..;

life-kerjaya-kesihatan:

  • semakin rindu kt suami tersayang..abg tunggu tau...ayg n Mufazzal akan blk bercuti kt sana bln depan, Insya Allah
  • 1 Disember ini( selasa depan) dh genap 6 bulan aku bekerja di TM K*lan* J**a ini. cepat betul masa berjalan. mm..mungkin dh bole cuba2 untuk 'riki' line kot2 ade post yg kosong di Labuan. dh rindu sangat rasanya nak blk tgk rumah kt sana. kesian hubby aku sorang2 kat sana. tu pn dh selalu dia tanya "bila nk balik sini?"....
  • kadang ok, kadang selsema.cuaca dan suhu persekitaran yg tak menentu membuatkan antibodi aku yg lemah ni kadangkala tak dapat menahan. tambah2 suhu 'ekon' di opis yg dh macam bilik kebal.
  • sesuatu yg bakal diberitahu kelak..jeng..jeng..jeng...tunggu~

Muhammad Mufazzal Syahmi:

  • Alhamdu Lillah..semakin membesar dgn sihat dan aktif.
  • dh boleh kenal& recognize setiap org yang rapat& selalu dia jumpa dgn tepat.
  • Mufazzal dh makin petah bercakap, respons kepada tiap arahan& percakapan org di sekelilingnya
  • "mak..abih dah..", "maa..biyak", "ummi..jom!", "mi..abah.eyo..abah.." (kadang2 ma@ mak..kadang2 ummi..) mm..ape2 je la anak ummi..janji kenal ummi sudah..
  • dh pandai bersilat tu..jgn tak hengat! hero abah& ummi la katakan...siap dgn bukak langkah kuda2, terbongkok2..tertongeng2 dia dok pusing tangan.(sejak tgk persembahan silat Lin*ah di kenduri jiran kt taman umah aku laswik).
  • dh pandai bergaduh, berebut barang, carik pasal dgn ayah cu nya. tapi tiap kali bergaduh, biasela..si kecil yg harus dimenangkan oleh ma'wan dan atuknya. sudahnya..ayah cun nya la yg akan merajuk+masam muka.hihii..~
  • makanan/ minuman favourite Mufazzal adalah soto, bihun sup, koko crunch, biskut, vitagen, vitamin C Champs, french fries dan air milo.
  • dalam pd lasak+hero dia, dia akan 'tertewas' tiap kali lori/van paper lama lalu depan umah. haha..kalau masa tu dia tgh main ke melompat ke, memanjat ke, terus dia akan senyap& batukan diri smp van/lori paper lama tu pergi...(isk..isk..kadang siap menyorok belakang langsir sliding door utk intai lori/van paper lama tu lalu)