Thursday, April 22, 2010

Happy Earth Day-22 APR 10



"Happy Earth Day!"

Hari ini saya berpakaian Hijau ke pejabat, hehee...sbg tanda sokongan ;)

GREEN office tips:

  • Change your printer settings so that it will print on both side
  • Use recycled envelopes for internal documents dissemination
  • Use your own mug or cup
  • Turn off the tap when soaping your hands. Turn it on only when rinsing
  • Switch off your computer before heading home
  • Switch off the lights if you’re the last person to leave the office

Monday, April 19, 2010

Bacalah...

*Ini adalah post yg tertunggak since las month ;)..huhu..(pd hal pendek je..)

Ummi sgt sronok dan teruja dpt beli set lengkap Iqra' utk hero ummi, Mufazzal Syahmi. Ummi beli masa di ofis time ade peniaga buka booth kt lobby ofis. ye la..selama ni Mufazzal dok ngadap buku Grolier tu je..mane balance. So, Mufazzal kena gak kenal huruf jawi, nnt senang ummi nak ajar mengaji..

Ummi :Alif...
Mufazzal :Ayif..
Ummi : Ba..
Mufazzal :Bah..mi, abah mane?
Ummi : abah keje la sayang..nnt abah balik. Ta..
Mufazzal :Ta..
Ummi :Tsa..
Mufazzal :Asah..ummi,tu asah..(sambil tunjuk acunya, 'asah' adlh gelaran utk Firasyah)
Ummi :Bukan la yang..Tsa, Tsa
Mufazzal :Asah..tu asah (skali lagik dia dok tunjuk acu dia )
Ummi :adess..takpela..janji boleh sebut, ade bunyi tsa tu ok la..Jim
Mufazzal :Jim...
Ummi :Ha..
Mufazzal :Ummi..dah2..totop..(sambil tangan menutup buku Iqra' dia)
Ummi :laa..lama tu je? lagi la..
Mufazzal :tanak dah..buku simpan..(terus dia taruk buku atas almari solek dlm bilik)

okla sayang..janji anak Ummi nk jugak ikut Ummi baca. Lain kali kita baca lagi ok...;)

Tuesday, April 13, 2010

beautiful award (",)

*di tag lagi..dpt award lagi..kali ni award utk..


1. Thank and link the person that give the award.
  • TQ SO VERY MUCH TO KAK SARAH ;) (fantastic kah saya ini?? ngehngeh..)
2. Pass this award to 15 other bloggers that you've recently discovered and think are fantastic:
3. Contact them all to tell that they've won the award.
  • alaa..jenuh la nnt nk byr bill celcom kalo nk cntact 15 org ni..dh tag ni kira ok gak la eh, tu pn ade yg dh di tag sblm nya oleh kaksarah, hehee...
4. State 7 things about yourself:
  • sweet bonda, sweet wife, sweet daughter, sweet sis.. (hahaa..)
  • suka sgt bihun sup
  • suka shopping brg2 anak( obses dgn barangan baby)
  • sayang sgt pd famili saya (family's 1st!)
  • suka apa saja yg mama saya masak
  • tak suka trafik jam, rs sesak sgt nafas bila sangkut dlm jem
  • komited pd kerja/ tanggungjawab yg diamanahkan (cewahh~)

Mommies Blogger Awards

1) Bagi ucapan terima kasih pada saper yang bagi award ni dan postkan award ni dalam blog masing-masing :

  • TQ so so very much to Mama_Aleesya a.k.a yana (huuhu..copy paste je dr blog yana ni)

2) List kan tarikh lahir anak yg 1st dan seterusnya letak sekali nama anak yg ke 2,3,4….dan seterusnya (kalau ada lagi.. sila berbuat demikian) :

  • Muhammad Mufazzal Syahmi bin Ahmad Azwad - 22 Februari 2008
  • coming soon.......by early July, Insya Allah..

3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant yer :

  • ala...later la yer, tak dan nk bergambar la pulak..

4) Sila serahkan award kat sape2 yang anda rasa hot mama :

  • my mama- ma taruk la tag ni kt your fesbuk, (eh boleh ke?) ;)
  • kak ghazi
  • kak nura
  • mama rayyan a.k.a akmar (ko pn taruk ler kt fb ko kalo buleh, huhu..)

Tuesday, April 6, 2010

SAYA ADALAH SWEET BONDA KERANA....


SAYA SANGAT SANGAT TERUJA UTK JOIN CONTEST INI!!

1st of all a BIG CONGRATS to kak lin chalo
Okay, cara nak dapat hadiah2 menarik yang pasti membuatkan anda tertarik adalah teramat senang..
Caranya? Okay.. sila baca satu persatu ya..

1. Sila pandang ke sebelah kanan anda.. Atas sikit.. Okay.. Nampak tak itu
banner SweetBonda.Com? Hehe.. Dengan 'copy & paste' banner tersebut di blog anda yang comel itu.. (dan biarkan ia di situ selama2nya..)

2. Silalah menjadi
'Follower' SweetBonda.Com yang terhormat..

3. Anda hendaklah membuat satu
entri di blog anda tentang.. "Saya adalah Sweet Bonda kerana..."(buat yang dah berkahwin dan mempunyai anak) ataupun "Saya akan menjadi Sweet Bonda kerana..."(bagi yang baru/sudah berkahwin tetapi belum lagi mempunyai anak ataupun si anak dara.. *hehe*)
-Sila jadikan post anda ini
'sticky post ' di blog anda sehingga 5hb Mei 2010 ya..

4. Pastu tinggalkan mesej anda di
ruangan komen di bawah entri (Nama, link blog anda, dan entri seperti yg di no. 3 tadi tu ye..)

5.
Emel juga di sweet.bonda@yahoo.com semua yang diminta di no.4

6. Selepas tu anda boleh teruskan kehidupan rutin anda dengan tenang dan gembira dan menanti
keputusan contest ini pada 8hb Mei 2010..
(Contest ini akan berakhir pada pukul12mlm 5hb Mei 2010)

7. Oh ya! Hampir terlupa... pemenang akan dipilih berdasarkan entri yang dirasakan paling
menarik, kreatif, dan mencuit perasaan ya.. (dan yang mengikut semua syarat2 di atas dengan ikhlas dan tawaduk.. *huhu*) Judgesnya adalah rahsia.. but still terdiri daripada ibu2 yang mempunyai hati yang penuh dengan kasih dan sayang..

ok..inilah luahan hati saya Sweet Bonda kpd Muhammad Mufazzal Syahmi bin Ahmad Azwad ;

"Saya adalah Sweet Bonda kerana...saya bakal menjadi bonda kpd seorang puteri yg bakal lahir pada awal bulan Julai ini, insya Allah..Alhamdu lillah, selama 2 tahun menjadi bonda kpd hero tunggal saya Muhammad Mufazzal Syahmi, pelbagai pengalaman dan kenangan manis juga pahit telah saya tempuhi. Pengalaman2 ini mengajar saya erti kasih sayang, amanah dan rasa penuh tanggung jawab di dalam memikul amanah yg amat bernilai ini dari yg Maha Esa.

Membesarkan hero tunggal saya Mufazzal penuh dengan pelbagai dugaan bila mana saya terpaksa berjauhan dari keluarga kerana mengikut suami bertugas di Labuan. Permulaan hidup bersama suami untuk bersama-sama membesarkan dan mendidik 'anugerah terindah ini' di awal usia 4 bulan mengajar saya erti kesabaran dalam penempuh pelbagai dugaan dan cabaran sebagai bonda di usia muda. Dugaan yang terbesar dirasakan apabila saya tidak dapat lagi menyusukan Mufazzal di usia 7bln (kerana susu telah kering ketika Ramadhan 2008). Ini kerana selama menyusukan Mufazzal, hero tunggal saya ini tidak dapat menyusu secara 'direct' (saya terpaksa perah susu tiap kali masa menyusu). Dan sejak Mufazzal meneruskan penyusuannya menggunakan susu formula, kesihatannya setiap bulan pasti tak menentu. Disinilah bermulanya dugaan yg paling mencabar tiap kali Mufazzal sakit. Dan sejak itu hingga kini, saya dh bertekad dan berjanji, sekiranya saya diberi rezeki untuk mendapat cahaya mata lagi, saya akan usaha utk susukan bayi saya selama mana yg boleh diizinkan-Nya.

Hingga kini, saya diuji lagi apabila ketika Mufazzal berusia 1 tahun 3 bln, saya mendapat rezeki untuk bekerja semula, tapi saya terpaksa pulang ke K.Lumpur kerana perjawatannya di Kelana Jaya. Saya terpaksa berjauhan sementara dgn suami dan Mufazzal pula terpaksa membesar jauh dari pandangan mata abahnya.Tambahan pula kini saya sedang mengandung 7 bulan.Hanya dua bulan atau tiga bulan sekali kami dapat bertemu. Dugaan ini memang mencabar, namun saya dan suami menempuh segalanya dgn sabar+tabah kerana kami yakin setiap yg susah itu pasti ada senangnya di kemudian hari dan setiap yg pahit+perit itu pasti ada manisnya menanti..

Semoga ada rezeki saya untuk bertukar kerja di Labuan, kembali hidup bersama suami untuk bersama-sama membesarkan dan mendidik permata hati kami dengan penuh kasih sayang dan kemanisan hidup berkeluarga, insya Allah.... :) "