Friday, March 9, 2007

Lemah&Lembutnya seorang Wanita

Wanita memiliki banyak keistimewaannya, maka tak hairan la sekarang ni ramai lelaki yang berlumba-lumba mahu 'menjadi wanita' walau menyeksakan diri mereka. tapi ingatlah keistimewaan wanita hanya hak wanita tulen sahaja....para lelaki yang selama ini menunding jari menuduh wanita itu ini, ingatlah bahawa sebenarnya kamu yg harus membimbing mereka supaya menjadi seperti yang diigini.(kearah kebaikan laa).sekadar berkongsi perihal wanita, so pada kaum adam cuba hayati..

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut, besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak real mengakuinya
Telah ditakdirkan kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan, Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam Diam seolah-olah menerima
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani, di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat
celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat
di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah
terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud, Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadai semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT
*******
Tak perlu mncari teman secantik BALQIS
Jika diri tak seindah SULAIMAN
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM
Jika tak sekuat SARAH
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W
*******
Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..
"SELAMAT HARI WANITA"

1 comment:

Anonymous said...

mmg betul kata2 yg angah post ni....betul2 memartabat kan kaum kite :)