saya dapat cerita ini semalam.., melalui emel dr seorang rakan opis..
sedikit sebanyak naluri keibuan saya tersentuh dgn 2 kisah di bawah..
Alhamdu Lillah..saya masih dimurahkan rezeki dr-Nya untuk terus menyusukan my lil' angel, An-Nur Wafiyya sehingga kini diusianya 1 tahun 3 bulan..
Kisah 1:
DITINGGAL IBUNYA, THA SOPHAT MENYUSU LANGSUNG DARI LEMBU
Pemandangan menyedihkan ini
terjadi di Kemboja. Dimana seorang anak kecil yang bernama Tha Sophat yang
berusia 18 bulan terpaksa menyusu terus dari seekor lembu,sejak ibunya
keluar mencari pekerjaan kerana keadaan hidup yang tidak punya apa apa setelah
badai melanda negeri tersebut.
Datuk Tha Sophat yang kini
menjaganya mendedahkan bahawa cucunya melakukan hal ini sejak Julai lalu,
ketika orang tuanya meninggalkan Kemboja untuk mencari nafkah ke Thailand.Menurut
Um Oeung (46), cucunya Sophat mendadak sakit ketika berhenti menyusu dari
ibunya, dan ketika budak tersebut melihat seekor lembu menyusu pada ibunya, Dia
mulai melakukan hal yang sama, yakni menyusu langsung dari induk lembu setiap
hari.
Oeung pernah cuba menghalang
cucunya menyusu dari lembu tersebut, namun itu membuat Sophat menangis dan
membuat datuk yang sangat menyayangi Sophat tak berdaya sehingga terpaksa
membiarkannya.Tetangga serta pegawai tempatan di desa Pheas di wilayah Siem
Reap (sekitar 195 kilometer dari ibu kota Phnom Penh) mengatakan mereka tidak
berkenan mengenai cara Oeung merawat cucunya tersebut.
“Mereka terus menyalahkan saya,
dan memaksa saya untuk tidak membiarkan Sophat menyusu dari lembu
lagi. Kerana mereka mengatakan bahawa anak itu akan merasa malu ketika dia
besar dan nanti akan menjadi nakal, “katanya sambil menambah bahawa saat ini
dia telah menghadkan Sophat menyusui, yakni satu kali saja setiap hari.
Walaupun begitu, Um Oeung
menjelaskan bahawa cucunya dalam keadaan sihat dan kuat, bahkan kebiasaan
menyusunya yang anehnya ini belum sekalipun menyebabkan Sophat terkena apa apa
penyakit.- Reuters
Kisah 2:
SEORANG IBU SANGGUP MENYUSUI ANAK LEMBU
Couthi Bai seorang wanita yang tinggal di desa Kilchu India
dengan penuh kerelaan dan kasih sayang menyusui anak lembu yang menjadi yatim
setelah ibunya mati. Memang di India yang majoriti menganut agama Hindu,
lembu mendapat tempat yang istimewa, sehingga Bai sangat menyayangi haiwan ini.
Bayangkan saja berapa banyak bayi bayi lahir
tidak mendapat susu dari si ibu, padahal susu ibu merupakan gizi dan
makanan terbaik bagi bayi. Justeru mereka menggantikan Air Susu Ibu
dengan Susu
FormuLa yang diperbuat dari pemprosesan susu lembu. Tapi
kini yang terjadi adalah sebalikanya, manusia menyusui lembu.
Nota dijari (sekadar renungan utk dikongsi bersama):
Allah SWT banyak berbicara keutamaan susu ibu di dalam Al – Quran cuma kekadang kita lalai untuk ambil perhatian “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” (surah Al-Baqarah, ayat 233) tetapi seandainya ibu mempunyai masalah maka Allah SWT berkata “Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Surah Al-Baqarah, ayat 233) dan Allah SWT memberi jalan kepada yang tidak mampu menyusukan anak ” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” (Surah At-thalaq, ayat 6).