Thursday, December 29, 2011

MERIT Oh rezeki....

Terkulat² saya dpt email ni...
Tp dalam pd tu ada senyuman dibibir...dihati sudah berbunga-bunga..
tak sangka jugak, hikhikhik...

Alhamdu Lillah....ade rezeki lebih untuk anak-anak saya untuk penghujung 2011 ini....:D


Tuesday, December 20, 2011

18 months!

An-Nur Wafiyya is 18 months today!

Sungguh cepat masa berlalu...;)
Alhamdu Lillah..Wafiyya membesar dgn sehat, baik dan cergas (rasa cam terlebih cergas pn ade)
Walaupun Wafiyya masih lg di dalam pemantauan doktor (akibat jangkitan bronchopneumonia 2 bln yg lps), dia sudah menunjukkan perkembangan yg positif.Cuma buat ms ni Wafiyya masih lg perlu mengambil 1-2x puff-flexotide dlm sehari..
my lil' bambam~

Dan paling saya gumbira dan bersyukur...ialah saya masih dimurahkan rezki utk menyusukan Wafiyya sehingga kini. Alhamdu Lillah, target utk 1 thn setengah sudah dicapai. Target to breastfeed her for 6 months lagi akn diteruskan wlpn kini Wafiyya sudah minum susu formula kerana stok susu saya sudah tidak mencukupi utk menampung keperluan Wafiyya..Mungkin juga saya sudah tidak lg menge'pump' di office. ya..itu salah satu faktor susu saya semakin kurang. Asalnya pee'l tidak menge 'pump' ni disebabkan stok yg dapat semakin merudum. So, semangat pn semakin kureng..dan lama² tu semangat malas pn datang..dan inilah hasilnya..production of milk semakin less and less...Mujur la di rumah Wafiyya masih mahu lg direct breastfeed... 
Jelas lg di mata saya, saat saya mengendong, meriba, memeluk Wafiyya ketika dapat menyusukannya seawal usianya sehari mengenal dunia yg ketika itu seberat 3.25kg , ketika usianya 2bln, 4bln, 8bln dan seterusnya sehingga kini 18 bln yg mana Wafiyya kini menjangkau 10.3kg. Perasaan menyusukannya tetap sama.GEMBIRA& BAHAGIA :D

So, kepada Cik Medela saya..selamat bercuti! Terima kasih kerana menemani saya, membantu saya sepanjang proses saya menyusukan babygal kesayangan saya itu. Perkhidmatan Cik Medela akan disambung bila sampai rezeki seterusnya nanti ye..;)
*saya sungguh rindukan saat² ini- 'projek' menambah stok EBM, di surau opis

Wednesday, December 7, 2011

Rindu Tersangat-Bila berjauhan..rindu-rinduan. Bila dh dekat, berjumpa..gaduh-gaduhan...

Anak ini rindukan abahnya...........
Since abah dia dh ke blk semula ke penang pd ahad lps (for attending course selama 3weeks), dia asyik dgn t-shirt abahnya (yg tak berbasuh pn) ditinggalkan kunun utk melepas rindu...

Antara statement yg saya dok dengar 3-4 hari ni:
"Ummi..abah mane..biler abah nk balik.."
"Ummi..fazzal rindu abah la.."
"Mane baju abah?"
"Ni baju abah...sayaangg baju abah"

Awal pg around 3am, saya tersedar Mufazzal batuk teruk sms tido. Tgk kn gaya batuknya mcm dh nk muntah..Dlm pd mamai² dlm kegelapan tu saya kelam kabut hulur kain selimutnya kt Mufazzal kunun nk tadah muntah dia takut terkena tilam. Dia terus jerit "Ummi..ni baju abahla..!" aiseyhh..sib baik tak jadik muntah..kalo tak jenuh..saya pun dlm ngantuk² tu balas le balik "sorila..ummi tak prasan, ingatkan selimut abg td.."

Sabar la ye anak..lg 2 minggu abah akan balik..tp mungkin blk kejap je sbb abah perlu blk semula ke Labuan utk tugas kpd agama, bangsa dan negara...

Yg tu saya tak boleh and taknak pikir lagi hal-hal yg akan terjadi lps abah mereka blk semula ke Labuan. 


Monday, December 5, 2011

'Aidiladha 1432H

(wahh..sungguh lama entry ini tertunggak di draft saya..)

Alhamdu Lillah..
Pada 'Aidiladha yg lps kami sekeluarga dpt selesaikan sebahagian lg aqiqah utk Mufazzal. Saya dan suami ambil peluang utk join korban& aqiqah yang diadakan di surah di kaw perumahan  rumah famili saya. So Mufazzal berkongsi lembu dgn 6 org yg lain yg turut menyumbang utk korban& aqiqah pada tahun ini..Mufazzal pg2 lagi dh excited nk tgk lembunya(kununnya la kan..). alih2 bila dh tgk lembu tu kena sembelih, kena lapah..dia sibuk nk ajak balik pulak sbb takut..(takut time tu je pn..). 

Mmg saya berniat nk bawa dia tgk lembu yg akn menjadi kurban aqiqahnya. Mungkin dia takkan faham buat masa ini, tp sekurang-kurangnya di awal usia Mufazzal ini saya sudah dedahkan kpd nya sesuatu yg baru tentang amalan dan hukum serta syariat² dlm islam dalam kehidupan untuk panduan dia di masa akan dtg, Insya Allah..

Dok dgr jugak org tua-tua kata kalau dpt, sentuh la sikit binatang kurban/ aqiqah kita tu..igt nk la bg Mufazzal pegang sket lembu dia tu..tp tak jadi la pulak sebab nya lembu tu sgt lah agresif! (spt Mufazzal gak yg agresif, tak reti dok diam..) lembu tu la satu-satunya lembu yg paling ssh utk ditumbangkan diantara 9 ekor lembu yg lain..

Hingga kini walaupun dh lebih sebulan berlalu, bila Mufazzal nampak je lembu (sama ada gambar ataupun yg nyata, pasti dia akan ungkapkan "lembu Fazzal dh kena sembelih...kesian lembu Fazzal dh mati..."
takpe la anak..nnt pelan² ummi dan abah akan terangkan pd mu erti nilai sebuah 'qurban'

Harapnya thn hadapan ade lg rezeki kami untuk menunaikan qurban. Rasa seronok pulak bila dapat merasai suasana menunaikan qurban beramai-ramai spt hari itu walaupun kami hanya melengkapkan sebahagian lagi aqiqah Mufazzal...

Ini pula cikmontel Wafiyya di pagi 'Aidil adha..Budak botak yg tak berapa nk lebat rambutnya berbaju kurung.... :D