Monday, August 3, 2009

aduhai bangsaku

entry ini bukan berunsur politik ya..
sekadar beri pandangan
berdasarkan laporan yg aku baca di akhbar
yg aku tonton di tv.....
POLIS dah larang tetapi mereka degil! Akibatnya, menyusahkan orang ramai. Pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan. Pemandu teksi yang mahu menikmati kadar meter baru juga kempunan.
Peniaga pasar malam di Jalan Tuanku Abdul Rahman kelam kabut, barangan yang dijual juga rosak. Mereka rugi. Di dalam kedai, orang ramai yang sedang membeli-belah juga terperangkap.
Semuanya gara-gara demonstrasi 1 Ogos oleh orang Melayu (khabarnya 95%) yang mahu supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Sebelum ini orang Melayu juga berarak kerana mahu mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Alahai Melayu! Apakah ini budaya baru yang mahu diterapkan? Banyak benda lain yang ‘menyentuh dan menyakitkan’ Melayu tetapi tidaklah sampai demonstrasi sebegini. Demonstrasi sekadar mahu serah memorandum. Maka ada yang berkata, satu tindakan bodoh dan bebal.
Tidak adakah cara lain yang lebih sopan supaya ia tidak menyusahkan orang ramai? Kenapa tidak hantar saja dua tiga wakil jumpa pihak berkenaan dan serahkan memorandum? Rasanya yang menganjurkan demonstrasi itu adalah bijak pandai belaka, boleh berfikir secara matang.
Lebih baik demonstrasi di stadium, contohnya di Shah Alam. Menjerit, melolong dan berucaplah puas-puas di situ, kemudian mereka yang berucap itu naik dua tiga biji kereta hantar memorandum ke istana. Mungkin boleh disediakan polis trafik iringi mereka. Selesai. Tak menyusahkan orang ramai!
Mungkinkah cara sopan itu tidak seronok, tidak popular, tidak dapat menunjukkan kehebatan mereka sebagai penganjur atau pun tidak boleh menjadi `produk pelancongan?’ Tetapi apabila arahan diingkar dan polis bertindak, maka polis juga dipersalahkan. Nasib baik mereka yang terlibat tidak diISAkan.
Semoga apa yang berlaku Sabtu lalu tidak berulang lagi selepas ini
-Hassan Mohd. Noor(Utusan Malaysia)
aduhai bangsaku..aku yg tgk berita kt tv pn rasa sakit hati+malu melihat tindakan rakyat negara ini seolah-olah takde undang2. mungkin mereka rasa undang-undang di tangan mereka? ataukah masing2 gilakan kuasa.tu blom kira student IPT (silap haribulan budak2 sekolah yg taktau ape2 pn terjebak!). kunun-kunun itulah salah satu wadah utk mereka menunjukkan rs tidak puas hati atau tanda memprotes? blajar tak abis, ade ati nk berdemo! ilmu tak tinggi maner pn wahai adik-adikku..tak payah la nk sibuk campur.
kamon laa..negara kita dh 52 tahun merdeka! penduduk Thai berdemonstrasi, kita pn nk tiru, camtu ke? korang tak pikir ke masalah orang lain? peniaga-peniaga yg terpaksa menanggung kerugian, ibu bapa yang baru saja ingin meluangkan masa membeli-belah bersama anak2 terpaksa berlari mencari perlindungan untuk anak-anak mereka, takut2 tercedera/ terperangkap di dalam kumpulan yg seolah2 tak berakal itu. itu blom lg dengan warga emas, ibu-ibu yg mengandung, dan pelancong asing.
mereka yang berdemo ini hanya tau memekik, melolong tanpa ade tujuan+niat yang betul.ntah derang ni btul-btul tau ke tidak ISA tu. aku ni pn mmg taktau sgt. tak ke itu memang sangat-sangat menyusahkan org lain!
dan yang menyusahkan bangsanya sendiri itu pulak, majoritinya adalah MELAYU..
sama-samalah kita renungkan kembali...~
*mungkin benarlah puisi yg dihasilkan Usman Awang yg memang sangat aku kagumi ini;
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad 21?
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

No comments: