Selamat menyambut Ulang Tahun kelahiran yg ke- 4 buat hero kecik pujaan hati ummi...
'Muhammad Mufazzal Syahmi bin Ahmad Azwad'
di awal kelahirannya, 22 Februari 2008 @ Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang- 9.06pm........
.
Ummi doakan yg terbaik untukmu anak. Tiada apa yg ummi harapkan drpd mu melainkan berharap melihat dikau membsar dengan sihat dan cerdas, menjadi anak yg soleh, berjaya di dunai dan akhirat.
Ummi minta maaf kerana tak mampu memberikan kemewahan dunia kpd mu, hanya yang mampu ummi beri adalah sepenuh kasih dan sayang serta doa dr seorang ibu kpd anaknya..
*******************
- Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti…?
- Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?...
- Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?...
- Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?...
- Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?...
- Adakah ada yang akan menjaga mereka, menemani mereka ketika mereka sakit?
- Adakah ada yang akan sudi menemani mereka, membawa mereka bersiar-siar?..
- Adakah ada yang akan sudi memberikan/ memenuhi segala keinginan mereka?..
kerana aku terlalu menyayamgi anak-anakku lebih dari diriku sendiri..
tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi….
Ya’Allah..
padaMu aku memohon,
Selamatkanlah anak-anakku
Berkatilah kehidupan di dunia dan akhirat..
Berilah mereka kesihatan yang baik.. sihat tubuh badan, mental dan fizikal..
Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah..
Ya Allah Tuhan yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
berikanlah aku dan suamiku kesihatan yang baik…
padaMu jua aku meminta berikanku perlindunganMu…
Panjangkan umurku Ya’Allah…
Panjangkan umur suamiku Ya Allah..
Panjangkan umur anak-anakku Ya Allah..
Murahkan rezeki aku dan suamiku serta anak-anaku agar kami dapat hidup bersama dalam sebuah keluarga yang bahagia
Berikan aku dan suamiku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu ini sehingga mereka dewasa…
Berikanlah aku kekuatanMU Ya Allah…
Hanya padaMu aku berserah Ya Allah….
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang…Maha Pengampun…Maha SegalaNya..
Amin...
No comments:
Post a Comment