Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Mata kadang salah melihat
Mulut kadang salah berucap
Hati kadang salah menduga
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada
~Selamat Menyambut Ramadhan~

Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua

& mengukuhkan ukhwah yang terbina

Tuesday, August 18, 2009

HSBB 8 Induction

ermm..br nk update la kan psl induction course yg sebulan lebih dh aku attend.

HSBB Induction Course, iaitu kursus induksi utk staf2 TM yg baru dilantik.kursus aku ni dikira batch yg ke-8. kursus ni diadakan di TM Training Center, Taiping selama 18hari. memang enjoy selama tempoh kursus ni berjalan.member-member sumer best. group member aku jugak memang best(cayokk la group Gunung Ayam!). adik-adik yg kamcing pn sangat la sempoi..~credit to shida, nana (my rumet), faiz, mala, rauff, nazif, dayah, iskandar, saleh, fizi, azraai, jauhari, abg asri & ramaii lagii..

aktiviti mmg full je evryday, kelas dr 8.30am-5.30pm, then mlm lak aktiviti berkumpulan. mcm2 aktiviti yg interesting diadakan; group presentation, treasure hunt, mandi jeram, mendaki ke Bukit Larut& Gunung Hijau, perlawanan sukan berkumpulan dan juga persembahan kumpulan sempena majlis makan malam amal HSBB 8.

so, x mo citer lebey melalut..(kalo nk citer evry aktiviti mmg pjg berjela). enjoy da pics. tp pics ni aku terpaksa la upload sj, x sempat nk edit kt pho**s**p*.almaklumla..curi ms keje kt ofis ni..~

gmbr2 ni ms mission mendaki Bukit Larut & Gunung Hijau. mmg menguji
ketahanan mental+fizikal. Alhamdu lillah..mission aku nk tawan puncak Gunung Hijau berjaya. credit to shida krn sentiasa m'beri smangat =)
mummy yg cool+steady..chaiiyokk la ummi Mufazzal =p
**************

*de 1st 3 budak merah yg berjaya naik..0/




~group member yg cool-Group Gunung Ayam~

~treasure hunt~


Friday, August 14, 2009

FALL FOR YOU

tetiba rs nk berjiwang laks...=)
lagu ni saya dedicated khas buat asben saya yang tersayang...~

The best thing about tonight's that we're not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core
But hold your breathe
Because tonight will be the night that
I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day I swear it's true
Because a man like you is impossible to find
You're impossible to find
This is not what I intended
I always swore to you i'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may of failed
But I have loved you from the start
But hold your breathe
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a man like you is impossible to find..It's impossible
So breathe in so deep
Breathe me in
I'm yours to keep
And hold onto your words
Cuz talk is cheap
And remember me tonight
When your asleep
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a man like you is impossible to find
Tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day I swear it's true
Because a man like you is impossible to find
You're impossible to find

Thursday, August 13, 2009

sessi berkongsi

Airini saya attend IT Knowledge Sharing Session di Menara TM.

Sessi yg sgt interesting specially during the Sexual Harrassment topic.

haha..it's not bcoz of the de' topic,

tp sebab penceramahnya, iaitu Pn Hezlina Hashim, AGM Bhgn Tatatertib

yg sgt la tiptop dr segi penyampaiannya.

mmg cakap takde kias-kias nye..direct to-the-point!

Sessi yg kedua bersama group Medicon, iaitu projek baru TM untuk support growing business volume and new requirement di TM, iaitu IP based services. memang mantopp..~

Wednesday, August 5, 2009

KEJAM!!!

Mengapa manusia sekejam ini?
Mengapa mereka mensia-siakan anugerah Allah yg tak berdosa ini?
Masya Allah..
Menangis aku tatkala membaca berita ini
(naluri hati seorang ibu yg sememangnya sensitif
bila hal-hal berkaitan anak, specially yg masih bayi)
Malang sungguh nasibmu anak kecil..
Moga Tuhan membalas perbuatan mereka yg bertanggung jawab ke atasmu~

Monday, August 3, 2009

aduhai bangsaku

entry ini bukan berunsur politik ya..
sekadar beri pandangan
berdasarkan laporan yg aku baca di akhbar
yg aku tonton di tv.....
POLIS dah larang tetapi mereka degil! Akibatnya, menyusahkan orang ramai. Pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan. Pemandu teksi yang mahu menikmati kadar meter baru juga kempunan.
Peniaga pasar malam di Jalan Tuanku Abdul Rahman kelam kabut, barangan yang dijual juga rosak. Mereka rugi. Di dalam kedai, orang ramai yang sedang membeli-belah juga terperangkap.
Semuanya gara-gara demonstrasi 1 Ogos oleh orang Melayu (khabarnya 95%) yang mahu supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Sebelum ini orang Melayu juga berarak kerana mahu mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Alahai Melayu! Apakah ini budaya baru yang mahu diterapkan? Banyak benda lain yang ‘menyentuh dan menyakitkan’ Melayu tetapi tidaklah sampai demonstrasi sebegini. Demonstrasi sekadar mahu serah memorandum. Maka ada yang berkata, satu tindakan bodoh dan bebal.
Tidak adakah cara lain yang lebih sopan supaya ia tidak menyusahkan orang ramai? Kenapa tidak hantar saja dua tiga wakil jumpa pihak berkenaan dan serahkan memorandum? Rasanya yang menganjurkan demonstrasi itu adalah bijak pandai belaka, boleh berfikir secara matang.
Lebih baik demonstrasi di stadium, contohnya di Shah Alam. Menjerit, melolong dan berucaplah puas-puas di situ, kemudian mereka yang berucap itu naik dua tiga biji kereta hantar memorandum ke istana. Mungkin boleh disediakan polis trafik iringi mereka. Selesai. Tak menyusahkan orang ramai!
Mungkinkah cara sopan itu tidak seronok, tidak popular, tidak dapat menunjukkan kehebatan mereka sebagai penganjur atau pun tidak boleh menjadi `produk pelancongan?’ Tetapi apabila arahan diingkar dan polis bertindak, maka polis juga dipersalahkan. Nasib baik mereka yang terlibat tidak diISAkan.
Semoga apa yang berlaku Sabtu lalu tidak berulang lagi selepas ini
-Hassan Mohd. Noor(Utusan Malaysia)
aduhai bangsaku..aku yg tgk berita kt tv pn rasa sakit hati+malu melihat tindakan rakyat negara ini seolah-olah takde undang2. mungkin mereka rasa undang-undang di tangan mereka? ataukah masing2 gilakan kuasa.tu blom kira student IPT (silap haribulan budak2 sekolah yg taktau ape2 pn terjebak!). kunun-kunun itulah salah satu wadah utk mereka menunjukkan rs tidak puas hati atau tanda memprotes? blajar tak abis, ade ati nk berdemo! ilmu tak tinggi maner pn wahai adik-adikku..tak payah la nk sibuk campur.
kamon laa..negara kita dh 52 tahun merdeka! penduduk Thai berdemonstrasi, kita pn nk tiru, camtu ke? korang tak pikir ke masalah orang lain? peniaga-peniaga yg terpaksa menanggung kerugian, ibu bapa yang baru saja ingin meluangkan masa membeli-belah bersama anak2 terpaksa berlari mencari perlindungan untuk anak-anak mereka, takut2 tercedera/ terperangkap di dalam kumpulan yg seolah2 tak berakal itu. itu blom lg dengan warga emas, ibu-ibu yg mengandung, dan pelancong asing.
mereka yang berdemo ini hanya tau memekik, melolong tanpa ade tujuan+niat yang betul.ntah derang ni btul-btul tau ke tidak ISA tu. aku ni pn mmg taktau sgt. tak ke itu memang sangat-sangat menyusahkan org lain!
dan yang menyusahkan bangsanya sendiri itu pulak, majoritinya adalah MELAYU..
sama-samalah kita renungkan kembali...~
*mungkin benarlah puisi yg dihasilkan Usman Awang yg memang sangat aku kagumi ini;
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad 21?
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Thursday, July 30, 2009

say "NO to H1N1"

ntah nape tetiba pg ni aku selsema.
bdn rs cam nk demam, tekak plak pedih je
msuk opis aku selambe tdo
badan rs lemah je
dlm kol 10 lbh dh tak tahan(sebenarnya risau)
mungkinkah....? sebabnya semalam gi HUKM visit diana yg brbersalin
mntk excuse nk ke poliklinik bersebelahan opis
smp di klinik, terus nurse suruh pegi ke kaunter saringan H1N1 (emergency case)
aiyokkkk.....!
biar btol?
ramai gak patient yg menunggu giliran di situ
student yg masih beruniform skolah pun ramai
smp ms, turn aku pn tiba

doc: nurul, dh berapa hari camni?
aku: br je selsema pg ni, batuk dh beberapa hari
doc: batuk ade dlm sminggu?
aku: br 3 ke 4 hari
doc: so, ade berada di mana2 kawasan yg terdapat kes ke?
aku: rs nya takde la plak, cuma smalam saya gi HUKM, tgk jiran bersalin
doc: tmpt keje ke?
aku: tempat keje saya ok je doc, takde ape2 kes lg. clean je...
doc: ooo..ok, kita check dulu

setelah suhu bdn diambil, paru-paru di check

doc: ok nurul, so far takde ape2. suhu badan 37.1 je, paru2 pn ok.selsema& batuk biasa je. jgn risau ok. .
aku: fuh...selamat! wat suspens je kena check kt cni (sambil tersengih..)
doc: biasela..pemeriksaan awal

Alhamdu Lillah...selamat aku
aku balik ke opis dengan membawa bekalan ini: