Tuesday, March 13, 2012

Dari-Nya kita datang, dan kepada-Nya jua kita kembali. Al-Fatihah buat Almarhum Haji Ishak bin Itam

Dia Guru yg sentiasa saya sanjungi, saya hormati, saya kasihi akhirnya pergi jua kepada pencipata-Nya..
Al-Marhum Haji Ishak Bin Itam
(23 Julai 1935 - 12 Mac 2012)

**********
Sebenar Guru ada hakikat
Dikuat pula amalan syariat
Ditambah pula ilmu ma'rifat
Berpakaian pula dengan isyarat
**********


Dan air mata ini mengalir lagi...
Terkilan kerana tidak dapat bertemu dgn nya..
Tidak dapat menziarahinya buat kali terakhir..
Tidak dapat mengiringi perjalanannya di muka bumi ini untukt kali yang terkahir..
Terkenang saat bersama hayatnya dan juga segala nasihatnya..pesanannya..
Pesanan yg tak pernah jemu diberi, dikongsi berulang kali..
Pesanan dan nasihat daripada seorang Guru  kpd anak-anak muridnya...

Hanya doa yang mampu saya hadiahkan buatnya..
Moga rohnya dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan dikalangan insan-insan yg beriman dan bertaqwa di sisi-Nya..
Moga aman dirimu di sana..
Al-Fatihah buatmu yang bergelar GURU..

update by 16 March 2012: 

1 comment:

Anonymous said...

AlFatihah...