Monday, January 9, 2012

Bersemadilah dikau dgn tenang



Pada tanggal 4 Jan 2012 yang lepas, Opah saya telah kembali ke rahmatullah akibat neutropenic sepsis. Saya pun tak sure sakit apa ni, cuma apa yang saya tahu arwah Opah memang dh lama sakit since Mufazzal lahir pada tahun 2008. Seperti yg selalu orang katakan, sakit orang tua..arwah opah mengalami masalah pada jantung dan buah pinggang serta diabetes. Cuma pada penghujung tahun lepas pihak hospital br sahkan arwah Opah menghidap kanser ovari tahap 4..

Sangat menyedihkan Opah menghembuskan nafas yg terakhir di Isolation Ward seorang diri, hanya ditemani seorang nurse kerana pd masa itu bukanlah waktu melawat. Dan paling sedih dan ralat kami sekeluarga tak sempat melihat jasad opah buat kali terakhir kerana urusan pengebumian opah harus disegerakan selepas 'Asar, tambahan pula memandangkan keadaan cuaca di kamunting ketika ini setiap petang hujan lebat.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Opah dan moga Opah ditempatkan dikalangan insan-insan yang beriman dan beramal di Allah SWT. Amin...~



*gambar ihsan gugel

No comments: